Ad Code

Responsive Advertisement

Panggilan Keramat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Suatu hari, aku dijemput untuk menyampaikan ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR di sebuah sekolah terkenal di ibu kota.Ketika sampai di pondok jaga, aku mengucapkan salam kepada pengawal yang bertugas.Di awal pagi, mukanya mencuka dan garang. Sesuailah dengan tugasnya mungkin. Namun, aku tetap ceria dan bermanis muka.

“Assalamualaikum, puan. Saya penceramah yang dijemput untuk Teknik Menjawab.Di mana boleh saya parking kereta?” 


Tiba-tiba , pengawal tadi berubah air muka. Cepat-cepat dia keluar dari pondok pengawal dan menunjuk arah. Sebuah kon yang paling hampir dengan dewan tempat ceramah dialihkan. Dia tersenyum dan membantuku dengan memberi isyarat agar mudah aku meletakkan kereta di kawasan yang agak sempit itu.


Mencari tempat letak kereta kosong adalah cabaran bagiku....
Aku turun dari kereta. “Terima kasih , puan.” Pengawal tadi hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum kambing.

“Parking mana Maryati?Senang dapat parking?” Tanya teman yang menjemputku. Aku memaklumkan kepadanya tentang pengawal yang memberikanku tempat parking. Dekat pula tu. 
“Wah, untungnya ….. Jarang dia bagi layanan macam tu tau…” Aku senyum sahaja.

Pada hari yang lain, aku membeli-belah di sebuah pasar raya. Aku ingin mencari pakaian untuk Mawaddah, anakku. Namun, saiznya masih belum ketemu. 

“Yang, tolong akak cari saiz 32, yang.” Gadis jurujual  yang berumur dalam lingkungan  20-an itu menoleh. Dengan bersungguh-sungguh dia mencarikan saiz yang kuminta. Nampak benar kesungguhannya itu. Rajin benar. “Anak siapalah ni?” kataku dalam hati .

Ada banyak lagi peristiwa seperti begini aku lalui. Mudah benar aku dibantu untuk mendapatkan apa yang kuperlu. Kenapa agaknya??

Panggilan. Mungkin pengawal tadi jarang dipanggil puan. Baginya pegawai-pegawai sahaja yang layak dipanggil gelaran begitu. Aku kira, mungkin dia terkejut apabila aku memanggilnya puan lantas terus sahaja dia berubah daripada mencuka kepada gembira.Terasa diri dihargai.

Gadis jurujual itu pula aku panggil ‘yang’- singkatan bagi sayang. Mungkin dia rasa dekat di hati apabila aku memanggilnya begitu. Sebab itulah, berusaha benar dia membantuku.

Hormatilah orang lain dengan menggunakan panggilan yang sesuai sebagai menunjukkan penghargaan tak langsung kepada mereka . Insya-Allah, mudah pula kita menjalankan tugas sehari-hari. Tetapi awas, panggilan yang disalahguna akan menjadikan laluan hidup kita tersalah arah dan akan membinasakan diri…. Hati-hati ya….

p/s:... panggillah dengan panggilan yang baik-baik....
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu