السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua.....
Mengapa perlu dengki?
Memburuk-burukkan nama orang lain dengan tujuan untuk menaikkan diri sendiri.
Malang sungguh!
Seharusnya sifat ini dibuang jauh-jauh kerana jika tidak dibendung, bisa sahaja melumpuhkan tamadun dan kemajuan manusia .
Bukankah setiap orang mempunyai potensi dan kelebihan diri masing-masing? Malah setiap orang ada rezekinya sendiri.Jadi, mengapa harus berdengki?
Gantikanlah sifat dengki kepada sifat hormat-menghormati. Diri kita pasti akan dihormati dan disayangi.
Mari kita saksikan klip video di bawah.
Dengki, membawa rugi!
Renung-renungkan dan selamat beramal…..
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)