Ad Code

Responsive Advertisement

Bahaya Internet Kepada Anak-Anak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Kali ini saya ingin menyentuh tentang bahaya internet kepada anak-anak.

Sebagai orang dewasa, internet banyak membantu kita menjalankan tugas sehari-hari. Menghantar laporan ke jabatan, melakukan transaksi kewangan, menghantar surat-surat jemputan , menyemak status permohonan , menulis blog (sayalah tu) ,mendapat dan menyampaikan informasi dan pelbagai lagi kemudahan yang tersedia melalui internet.Memang tidak dinafikan. Namun kita sebagai orang dewasa bijak menggunakan kemudahan kerana kita banyak tanggungjawab dan komitmen.


Hal ini bertentangan dengan murid-murid di bangku sekolah dan para remaja di luar sana. Mereka hanya ke sekolah, bertanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Itu sahaja. Jadi , kebanyakan mereka ralit menghadap komputer dan leka melayari internet. Lebih malang lagi, tanpa pengawasan ibu dan bapa.

Tahun lalu, saya telah memanggil   seorang murid untuk program "Bicara Bersama Ustazah". Umurnya baharu 14 tahun. Dia dan seorang kawannya terlibat dengan 'percubaan' melakukan oral sex!

Pada mulanya, hati saya disimbah kehampaan yang teramat. Adakah salah saya yang mengajar agama di sekolah?Sedangkan jika dilihat dari segi luaran, saya  sendiri tidak menyangka murid ini akan tergamak melakukan  hal yang sedemikian.Murid ini hormat kepada guru,banyak membantu guru  malah tiada langsung masalah disiplin di sekolah.

Lalu , saya memanggilnya.Ingin menyoalsiasat kebenaran kejadian.

Biasanya , saya tidak akan menyebut apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid. Biar mereka sendiri yang menyebut kesalahan mereka .Dan pada kebiasaannya ,mereka tidak akan menyebut kesalahan utama. Sebaliknya menyebut kesalahan yang biasa-biasa yang mereka lakukan.Mereka juga pandai bermain politik.Sehinggalah mereka menyebut perkara itu, baharulah saya memulakan perbicaraan.

"Saya tengok dalam internet , ustazah.Jadi , saya rasa nak cuba. " Katanya perlahan.

Saya diam sahaja. Melawan sedihnya hati.

Perbuatan dosa hanya bermula dengan  'maksiat di hujung jari'.

Di rumahnya tiada kemudahan komputer dan internet. Apabila mendengar asyiknya rakan-rakan bercerita, sanggup dia menggunakan duit belanja sekolah  untuk ke cyber cafe demi melihat sendiri apa yang didengar.

Beberapa saat kemudian, dia menangis. Teresak-esak. Menyedari kesilapan dan dosa barangkali.... Mudah-mudahan cahaya hidayah menjengah hatinya...

Akal anak-anak belum cukup matang untuk menolak yang buruk

Saya berharap para ibu bapa yang membaca, renungkanlah sejenak. Pastikan  anda:
  • Kenalpasti tujuan pemasangan talian internet di rumah.
  • Memantau anak-anak apabila melayari internet
  • Buat jadual penggunaan internet
  • Hadkan masa bermain games
  • Add anak-anak ke dalam akaun facebook anda (sekiranya ada) 
  • Gariskan beberapa syarat yang bersesuaian kepada anak. Sebagai contoh;
  1. Larangan melayari internet ketika musim peperiksaan.
  2. Tidak boleh menggunakan internet sekiranya keputusan peperiksaan merosot.
  •  Jika anak ingin ke cybercafe, temani dia. (sebaik-baiknya)
Biar kita bersusah- payah sekarang, supaya kita tidak dimalukan oleh zuriat sendiri pada masa akan datang!

nota kaki: anak-anak kita , tanggungjawab kita....








Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu