Ad Code

Responsive Advertisement

Belot + Curang = Berang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Apa khabar tetamu 'puing-puing kehidupan' ?Semoga kalian semua masih berada dalam  puing -puing kehidupan yang lurus dan diredhai Allah SWT hendaknya....

Roda hidup yang berputar , memaparkan banyak  kisah yang tidak enak dalam rencah rutin seharian.

Kejujuran. Kesetiaan.Cinta dan kasih sayang.

Suami belot.Isteri curang.Ah!Persoalan yang benar-benar mengguris perasaan.

Institusi keluarga itu terbina untuk menuju kebahagiaan.Lantas, jika kebelotan dan kecurangan itu menjengah, ia  bisa sahaja menggugat pasak rumahtangga yang dibina. 

Duhai suami, jika bercita-cita tinggi mengisi kuota empat, isilah selaut iman  dalam hatimu terlebih dahulu.Biar selari dengan tuntutan agama.

Duhai isteri, jika masih ada ruang kosong dalam hatimu itu, segeralah penuhinya dengan cinta kepada Maha Pencipta. Bukan kepada lelaki cinta kedua.Kelak binasalah jiwa dan raga....

Mengikut kajian yang pernah saya baca, (terlupa sumber kerana sudah lama) pasangan yang berkahwin akan mula mencapai titik persefahaman pada tahun ketiga perkahwinan.Maka, setiap hari pasangan akan belajar menjalani kehidupan berdua setelah sekian tahun sebelumnya hidup bersendiri.Tidak hairanlah jika ada yang kecundang kerana sukar menerima cara dan gaya hidup orang yang menjadi pasangannya itu.

Bagaimana ingin tahu  sama ada benar-benar dia di hati ?

Nah, apabila  ditimpa kesusahan, wajah siapakah yang akan terus menerjah ke minda anda? Adakah ibu, atau ayah, atau suami atau isteri, atau kawan baik atau 'kekasih gelap'??

Jika anda terbayangkan suami atau isteri anda, TAHNIAH! Nampaknya  kalian berdua  sudah saling memenuhi tuntutan hidup berpasangan.Saling memerlukan dan terasa tempang jika tiada.

Tetapi awas! Sekiranya anda seorang suami, namun terbayangkan wajah selain isteri, nampaknya, belum kuat lagi cinta dan sayang anda kepadanya.

Sekiranya anda seorang isteri , namun terkenangkan wajah selain suami ketika kesusahan, nampaknya, belum kukuh lagi kasih dan sayang anda kepadanya.

Allah SWT mencipta lelaki dan perempuan saling melengkapi. Penciptaan yang hebat dan unik.Jika ada iman dan ilmu di dada, pastinya kita belajar untuk menerima seadanya...


nota kaki: ....renung-renungkan dan jangan termenung......


Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu