Ad Code

Responsive Advertisement

Kenapa Jadi Guru Cemerlang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

" Maryati dah berapa lama mengajar?" Tanya seorang guru senior.
" Tahun ni masuk tahun yang ke sembilan kak..." Jawabku sopan.
" Dapat GC bila? Mohon bila? Berapa umur sekarang?" Tanyanya bertubi-tubi.
" Dapat tahun 2010.. Mohon tahun 2009...umur 33..."  
  Dia mencongak.
" Wah, untunglah orang muda sekarang. Baru lapan tahun mengajar dah naik 44.Kita dah berbelas-belas tahun kerja baru dapat naik 44.... " Nadanya separuh   sahaja. Aku hanya tersenyum nipis dan mengucapkan Alhamdulillah.....

~*~*~*~*~*~
Ketika mula-mula mengajar dahulu, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang Guru Cemerlang (GC). Malah saya sendiri tidak ambil pusing tentang jawatan itu. Bagi saya, menjadi guru sudah cukup mencabar dan selalu tak menang tangan.Apatah lagi kalau mahu menjadi seorang GC.Tentu-tentulah keadaan akan menjadi lebih rumit....

Masa berlalu... hatipun berubah....

Sejak dilantik menjadi Jurulatih Utama (JU) Pendidikan Islam oleh JPNWPKL pada tahun 2007, saya banyak terlibat dengan kursus dan mesyuarat di peringkat kebangsaan. Kebanyakan peserta yang terlibat terdiri daripada senior-senior yang hebat, termasuklah pengetua, penolong kanan, Guru-Guru Cemerlang dan JU dari serata negeri.Sepanjang tempoh itu, saya mula terfikir dan membuat pemerhatian. Berikut adalah hasil pemerhatian saya yang mungkin boleh dikongsikan bersama:

Saya mendapati guru boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:-
  1. Guru zon selesa, iaitu suka mengajar, gaji cukup, tak kuasa nak pening-pening kepala sangat , pendek kata redha dan puas hati dengan pencapaian sekarang dan bersyukur seadanya
  2. Guru dewasa, maksudnya tak berapa suka mengajar budak-budak sekolah, sama ada menengah atau rendah. Tapi bercita-cita nak jadi pensyarah.
  3. Guru 'pejabat', iaitu tidak suka mengajar tapi suka buat kerja-kerja pentadbiran.
  4. Guru berkobar-kobar, iaitu guru yang suka sangat menjadi guru. Suka mengajar, suka budak-budak, suka buat modul, suka buat program... pendek kata, hal-hal PnP dan hal-hal sekolah memang dia teramatlah suka walaupun banyak cabaran, dia redah juga walau banyak dugaan..
 Maka, saya simpulkan hasil pemerhatian ini:-
  1. Kumpulan guru pertama, mereka  memikul amanah dan tanggungjawab negara dalan dunia pendidikan. Mereka punya hak sendiri untuk mengekalkan zon itu. Jadi, tiada masalah  di sini.
  2. Manakala bagi kumpulan guru dewasa, mereka perlu melanjutkan pelajaran jika bercita-cita untuk menjadi pensyarah. Sepanjang tempoh itu, mereka perlu menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah jika mahu memohon biasiswa dan bergaji penuh. LNPT bagi tiga tahun berturut-turt hendaklah mencapai 85% ke atas jika ingin memohon biasiswa.
  3. Sesiapa yang termasuk dalam kumpulan guru pejabat,  pada setiap masa, mereka perlu melaksanakan semua tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir dengan efisyen dan cemerlang. Menunjukkan (bukan menunjuk-nunjuk) sifat kepimpinan yang tinggi dan profesional sewaktu bertugas. Ini kerana, apabila satu-satu jawatan hendak diisi, seperti Ketua Panitia, Ketua Bidang dan seumpamanya ,pentadbir akan cenderung memilih guru yang berpotensi ke arah itu.Bermula dari bawah, kerana tiada guru biasa akan terus melompat menjadi Penolong Kanan mahupun Pengetua.
  4. Yang terakhir, jika guru  benar-benar CINTA dengan sekolah,   mohonlah menjadi Guru Cemerlang.  Kepuasan mendidik dan menjadi GC akan menolak  kumpulan ini untuk terus ke arah kecemerlangan seterusnya akan menyinarkan lagi arena  pendidikan dalam mendidik anak bangsa.Kobaran yang beserta dengan minat dan kesungguhan  itu   akan berbaloi kerana GC ada ada peluang kenaikan pangkat yang dipanggil sebagai fast track.Dapatkan informasi lanjut tentang GC melalui laman sesawang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti supaya anda faham dan jelas mengapa jawatan ini diwujudkan.
Semua guru mempunyai potensi dan rezeki masing-masing. Hanya kita yang tahu apa yang kita mahu. Oleh yang demikian, pastikan ke mana hala tuju kita dalam kerjaya dan jadikan kejayaan orang lain sebagai  dendam positif yang menyemarakkan semangat untuk kita memajukan diri.

Bersama Ustazah Ramlah (GC Terengganu) dan Ustazah Aishah (GC Selangor)

nota kaki: ... jauhi dendam kesumat yang boleh membinasakan diri...




Saya rasa:

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Ya CikMa, saya masuk Pengkarya Guru tempoh hari pun disebabkan dorongan seorang GC di sekolah saya.. Jika tidak, saya pun tidak ambil peduli rasanya..Ada hikmahnya :) Mahu jadi GC...? Saya perlu mantapkan lagi strategi P&P. Baru setahun jagung... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummu Khaulah, yang penting minat... kalau dah minat, semua menjadi! Kan? Kan?

      Padam
  3. saya tengah berfikir sama ada nak jadi gc atau pk.hari itu apply gc pastu tak dapat...1 thn lagi time based 44

    BalasPadam
  4. Jika cikgu pilih GC, jadual mengajar seperti biasa. Tapi jadi PK, jadual mengajar berkurang kerana perlu laksanakan tugas2 pengurusan. Cikgu buatlah keputusan dan pilihlah kecenderungan diri. :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu