السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...
Wah-wah.. sibuk beraya lagi kita minggu ni. Hari ini sahaja, empat buah rumah telah kami sekeluarga kunjungi. Dua jemputan di Kajang , di Bukit Mahkota dan Bukit Antarabangsa.Memenuhi jemputan Rumah Terbuka. Tetapi, tahun ini saya sendiri tidak membuat acara Rumah Terbuka. Saya hanya menjemput tiga atau empat keluarga datang bertandang dalam satu-satu masa sahaja. Kenapa ya? Saya melihat dengan membuat acara Rumah Terbuka mahupun Rumah Tertutup ini ada kebaikannya yang tersendiri. Antara kebaikannya Rumah Terbuka ialah:
- Semua kenalan, sahabat-handai dan saudara-mara dapat berkumpul dalam satu masa- dapat mengerat dan meluaskan ukhuwah antara satu sama lain.
- Kita penat menyediakan makanan dan melayan tetamu sekali harung. Penat mengemas rumah juga berlaku sekali harung.
- Dapat keluar beraya ke rumah teman/saudara-mara bila-bila masa setelah mengadakan Open House di rumah sendiri.Ini kerana, semua teman dan saudara-mara telah berkunjung ke rumah kita sebelum itu.
Manakala kebaikan Rumah Tertutup pula ialah:
- Kita dapat berbual dan melayan bersama tetamu dengan lebih mesra .Oleh kerana jumlah tetamu yang terhad, kita dapat meluangkan masa bersama-sama dan menikmati juadah dengan mereka.
- Kurang sikit penat memasak memandangkan kita memasak dalam kuantiti yang sedikit.
Memandangkan kesukaan saya ialah beramah -tamah , maka suami bersetuju untuk mengadakan konsep Close House untuk tahun ini....Dapatlah saya berbual-bual dengan teman dan saudara-mara serta jiran tetangga sesedap rasa.... Maklumlah, kesibukan kerja rutin harian yang membataskan kemesraan....Dan memandangkan kami baru 'berumahtangga', periuk belanga pun belum 'membesar', maka mudahlah saya memasak kuantiti sedikit dengan menggunakan periuk dengan saiz yang sedia ada.... :)
Minggu lepas, saya menjemput 10 orang teman sekerja beraya di rumah.. Disebabkan rumah saya jauh nun di puncak, maka saya mengadakan Rumah Tertutup pada malam Jumaat hari bekerja dengan pakej 2 dalam 1. Beraya dan bermalam.... Tetapi pakej ini sah untuk kawan perempuan sahaja.. yang bujang dan sudah berumahtangga pulang selepas tamat acara.Memang seronok, puas dan sangat meriah walaupun dibuat secara kecil-kecilan....
Teman sekerja ibarat keluarga... |
Kaum bapa turut dapat berbual mesra sesama mereka |
Sempat lagi bermesyuarat hal sekolah... |
Demikianlah kegembiraan saya apabila membuat Rumah Tertutup... Yang penting semua tetamu kenyang dan tak serik berkunjung ke rumah saya lagi..... Selamat Aidilfitri!!
Nota kaki: Terbuka atau tertutup pilihan masing-masing, yang pasti matlamatnya eratkan
ukhuwah...Tak gitu cik jah?? ;)
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)