السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Bertemu kenalan lama tempoh hari meyakinkanku, memang ada isteri yang curang. Bukan suami sahaja yang bermata keranjang, tetapi kaum hawa yang mempunyai nafsu juga tidak terlepas digoda syaitan laknatullah.
Isterinya pernah berkahwin, mempunyai anak, kemudian bercerai. Dia berkahwin lagi, mempunyai anak, kemudian bercerai lagi. Kini, dia berkahwin untuk kesekian kalinya.
Namun, kali ini,si isteri memohon perceraian. Hatinya terpaut kepada lelaki lain sedangkan dia baharu sahaja bernikah dengan lelaki pilihannya. Masya-Allah.....
Rasa tidak puas hati dengan suami, kurang perhatian, kurang pemberian , membuatkan kasihnya berkurang.Diam-diam, mata melihat yang lebih, lalu hati tertaut pada yang lain.Arghhh!
Istighfarlah banyak-banyak..... Mata terkadang menipu... Hati selalu lalai.
Banyak sungguh masalahnya. Serba tak kena. Sudahnya, air mata menjadi teman setia.Namun bagiku, masalah memang menduga, tetapi jika mencipta masalah sendiri, memang bermasalah tak sudah.Masalah tidak akan habis.
Rasa hati, memang Allah sahaja yang tahu selagi kita tidak menzahirkannya kepada manusia. Jangan lupa, Allah berhak membalas amalan kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Maka , berhati-hatilah dengan perasaan yang tidak patut-patut itu....
Kepada semua isteri di luar sana...mari renungkan hadis baginda SAW mengenai betapa besarnya tanggungjawab isteri dalam mentaati suami :
"Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Nota kaki: ... umur kian meningkat, sendiri mau ingat....
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)