Sabtu, 8 Oktober 2011

Hatinya Ada Nilai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Salam sejahtera buat semua...

Aku terkejut.Ada benda berbulu bergerak-gerak dalam poket baju seorang murid.Apabila sedar yang aku memerhati, wajahnya serba -salah.Aku menghampirinya.

Aku lihat ada sebuah kotak kecil yang berisi serpihan kayu nipis di bawah beg sekolah yang sengaja disorokkan. Wajahnya kesangsian.

"Kamu bawa apa tu?" Aku menyoal. 

"Ini cikgu... " Dia mengeluarkan seekor anak hamster yang duduk dalam poket baju sekolahnya.


Masya-Allah.. bertuah sungguh murid ini.. "Kenapa bawa ke sekolah? "Nada suaraku biasa sahaja, antara ingin tahu dengan berbau larangan.

"Selalunya saya hantar dia di pet shop. Tapi hari ini kedai itu tutup. Jadi saya kena bawa dia ke sekolah supaya dia dapat makan." Murid tadi menjelaskan satu-persatu , dengan harapan aku di pihak yang memahami.

Ya, memang aku faham. Ingatanku melayang kepada Miko, kucing yang kusayang. Apa khabar agaknya Miko sekarang?Sudah makan atau belum? Sihat atau tidak?

"Kamu bagi dia makan apa? " Aku ingin tahu.
" Kuaci. Saya sudah bagi, sekarang dia kenyang. Nanti saya bagi sikit air." Jawapannya benar-benar membuatkan hatiku damai dan lega. Sedamai dan selega hamster yang kekenyangan itu, mungkin. 


Berbuat ihsan terhadap haiwan, merupakan suatu ibadah di sisi Allah. Walaupun murid ini sedikit nakal, tetapi nilai kasih sayang itu tetap ada. Dengan kasih sayang, dia menghormati guru. Nakalnya terkawal. Sikapnya baik. 

Sepetang itu, Miko terus-terusan berada dalam hati dan mindaku....

Nota kaki: ...memahami hati murid, membuatkan murid memahami hati kita...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)