Ad Code

Responsive Advertisement

Tahap Dosa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Salam sejahtera buat semua...

DOSA.
Tiada manusia yang lepas daripada melakukan dosa. Allah SWT mencipta manusia ,ada akal dan ada nafsu.Akal menilai, nafsu berkeinginan. 
Mari kita lihat di manakah tahap dosa yang kita pernah lalui dan tempuhi.

  1. Tahap pertama, apabila kita melakukan dosa, kita rasa bersalah. Lantas , cepat-cepat kita minta maaf ( jika kepada manusia)  , cepat-cepat kita mohon ampun kepada Allah. Menyesal sungguh dengan dosa yang kita lakukan. Sekiranya anda berada di tahap ini, bersyukurlah kerana hati anda masih 'hidup' dalam iman dan takwa.Sebagai contoh, kita terlewat bangun solat subuh.Cepat-cepat kita qada' dan rasa menyesal sungguh kerana tidak menunaikan solat subuh dalam waktunya. Esok, kita berusaha bangun awal, kunci jam loceng supaya dosa itu tidak berulang lagi.
  2. Tahap kedua, kita rasa biasa-biasa sahaja  setelah melakukan dosa. Ini adalah kerana , kita telah mengulangi dosa itu sehingga hati jadi kabur dengan maksiat yang dilakukan. Dalam keadaan ini, berhati-hatilah kerana hati mula mati kerana tiada baja iman. Syaitan mula memperkasa usahanya supaya kita  masuk ke neraka bersamanya. Sebagai contoh, Isnin terlewat subuh. Kita cakap,alah, takpelah, bukan sengaja pun. Selasa, terlewat lagi, alasan, alah, penat kerja.... (Kita sentiasa menyedapkan hati dan memujuk hati supaya bertenang) Jika kita berada di  tahap ini ... berwaspadalah... banyakkanlah berzikir, dan membaca Al-Quran supaya hati hidup kembali..
  3. Tahap ketiga, setelah melakukan dosa, hati kita gembira.Seronok.Ini sudah tahap bahaya. Kita memang sudah terjerat dengan pujuk rayu syaitan yang kita tak nampak tu. Sebagai contoh: Makin seronok bila tinggalkan solat,konon-kononnya banyak masa yang kita dapat jimatkan dengan tidak menunaikan solat. Walhal, solat 5 kali sehari semalam, pukul rata ambil masa 50 minit sahaja daripada 24 jam yang kita ada. Biadap sungguh kita ini!
  4. Tahap keempat, sudahlah tidak kisah dengan dosa yang dilakukan, seronok, malah menggalakkan pula orang lain melakukan dosa dan menjadi pembela dosa.Berani mencemuh dan menghina jika ada di kalangan teman-teman yang mencadangkan aktiviti keagamaan. Nauzubillahi min zalik! Sebagai contoh,apabila ada teman yang solat, kita cakap: "alah, dia tu solat je lebih, tapi bla bla bla... baik kita tak payah solat....Dia tu pakai je tudung, tapi hati busuk, baik macam kita ni, walaupun tak pakai tudung, Allah tahu dalam hati kita ni semua yang baik-baik."       Aduhai....
Hidup yang kita lalui ini hanyalah jambatan ke akhirat. Peganglah mata, hidung, telinga, mulut, tangan dan kaki kita , modal fizikal yang Allah bagi. Bayangkan, tiba-tiba Allah ambil nyawa kita, saham akhirat itu, agak-agaknya sudah banyak mana terkumpul?

Sesal sesudah mati tiada  gunanya...

Nota kaki: Allah Maha Pengampun...
Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam k Sue... seronok Lia baca blog kat Sue ni.. ssekurang-kurangnya menginsafkan Lia utk tidak lalai dan leka...

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam...

    terima kasih lia... semoga amalan ingat-mengingatkan dapat memberi manfaat sesama insan.. :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu