السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
UPSR , UPSRA, dan PMR telahpun selesai. SPM pula akan muncul bulan hadapan. Sebagai klimaks usaha untuk menghadapi peperiksaan, Program Solat Hajat pasti akan diadakan sama ada di peringkat sekolah, jabatan pelajaran mahupun di taman perumahan masing-masing.Satu fenomena biasa yang dilihat ialah air yasin diberi minum kepada anak-anak semasa musim peperiksaan. Biar terang dan tenang hatinya nanti. Menarik!
Mari kita lihat ujian saintis terhadap kesan air yang dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran.
Menurut Dr. Masaru Emoto yang menulis buku : The True Power of Water, air boleh 'mendengar' kata-kata, 'membaca' tulisan, dan 'memahami' pesan serta 'merakam' pesanan seperti perakam magnetik. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dalam pesanan tercetak dalam air. Air boleh mengubah pesanan tadi melalui molekul air yang terbentuk.
Ketika dibacakan doa untuk tujuan rawatan penyakit di depan sebotol air maka terakamlah kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan seperti gambar di bawah:
Molekul air yang dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran |
Namun, ketika muzik heavy metal diperdengarkan ke atas air tadi, molekul air berbentuk kristal akan hancur.
Molekul air yang diperdengarkan muzik heavy metal |
Para saintis membuat kajian ke atas air kerana tertarik dengan cara Nabi Muhammad SAW mengubati penyakit iaitu melalui air yang ditulis dan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran. Ajaran Islam, meliputi segala isi langit dan bumi.
Allah SWT berfirman: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (Surah Al Anbiya' : ayat 30)
Terbuktilah kesan air doa yang dapat merawat hati manusia , jadi mengapa tunggu hingga musim peperiksaan sahaja?
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan teman-teman pembaca budiman, ayuh kita mulakan dari sekarang. Kita bacakan ayat-ayat Syifa' (penyembuh) Al-Quran atau Surah Yasin dan jadikan ianya sebagai minuman harian kita seisi keluarga. Alangkah sucinya hati suami,isteri dan anak-anak nanti. Masyarakat harmoni bermula dari rumah...
Air Yasin yang sentiasa tersedia di rumah saya... |
Nota kaki: ..rawat hatinya bangunlah insan...
2 Ulasan
K Sue, menariknya air Yasin sentiasa ada di rumah.. nak kena buat jugalah kalau camni agar hati Lia dan family agar terang , tenang sentiasa..
BalasPadamLia, kita usaha dan ikhtiar selagi mana yang boleh dan mampu... selebihnya serah kepada Allah SWT...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)