السلام عليكم ورحمة الله وربكاته...
Salam sejahtera buat semua...
Tidak cukup dengan kes bayi yang dibuang dari tingkat dua,kita dikejutkan pula dengan kes bayi yang dikelar oleh ibunya yang berumur 16 tahun di sebuah asrama sehingga mati. Tak habis-habis dengan kisah tragis bayi luar nikah yang malang.
Jika ikut hati , rasa nak campak ibu yang mencampak anaknya itu. Tidak perlu tinggi-tinggi, biar sama juga , dari tingkat dua.Apa rasanya?!
Jika ikut hati, rasa nak kelar ibu yang mengelar anaknya itu. Tidak perlu pisau lain, biar sama juga, pisau sayur sepanjang 15cm . Apa rasanya?!
Beberapa tahun yang lalu, saya mendengar ucapan seorang lelaki melalui corong radio sempena hari ibu.Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ucapannya , lain daripada yang lain, membuatkan hati saya hiba lalu mengalir air mata.Beginilah inti pati dialog yang masih saya ingat.
"Silakan memberi ucapan En. Ahmad (bukan nama sebenar)", DJ memberi laluan.Seperti biasa DJ yang bertugas ceria menerima panggilan daripada pendengar.
"Saya tidak pernah bertemu dengan ibu kandung saya. Kini, saya sudahpun bekerja, berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.Selama ini saya dipelihara oleh keluarga angkat. Sebelum berkahwin, saya ada bertanya kepada ibu angkat saya tentang latar belakang diri saya. Kalaulah mereka tahu siapa ibu dan keluarga kandung saya, mahu saja saya menjemput mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan saya nanti." Tenang saja pemanggil itu .
"Lalu dengan berat hati, ibu angkat saya memberitahu, sebenarnya mereka memungut saya daripada TONG SAMPAH! Ibu angkat memeluk saya erat dan meminta saya bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang datang. Sungguh saya terkejut yang amat sangat! Jadi, saya ini ANAK TONG SAMPAH!!"
Ketika itu, DJ seakan terkedu, terkejut kerana menerima panggilan yang berbeza daripada sebelumnya."Teruskan En. Ahmad". Sebak kedengaran suara DJ itu.
Aku menguatkan 'volume' radio.
"Emak, sekiranya emak mendengar suara saya ini, yang emak lahirkan 25 tahun yang lalu, kerana nafsu zina emak...saya ingin sekali bertanya, kenapa emak buangkan saya ke dalam tong sampah?? Dosa emak, janganlah palitkan ke diri saya ,mak... Saya tidak kenal emak tapi saya membawa malu emak kerana saya anak tong sampah."
"Kenapa mak tak letak saja saya di tangga masjid, atau di tepi surau. Sekurang-kurangnya mulia sedikit saya ini daripada emak. Emak buang saya, hina betul saya mak. Tong sampah yang kotor dan busuk. Ya Allah..."
DJ terdiam. Suara lelaki tadi tertahan-tahan. Sepertinya sebak menahan tangis. Aku? Berjurai-jurai air mata , tak hirau kereta dan motorsikal di kiri kanan yang memandang.
"Emak, kalau emak masih hidup, saya nak emak dengar ucapan saya sempena hari ibu ini. Emak, terima kasih kerana melahirkan saya tetapi, saya akan dakwa emak di akhirat kelak. Saya takkan maafkan emak atas perbuatan hina emak itu. Saya tidak minta dilahirkan ke dunia, tetapi emak telah menjadikan saya anak yang hina.Bertaubatlah atas dosa-dosa yang emak lakukan." Dia menyudahkan percakapan.
DJ meminta En Ahmad bersabar atas dugaan, malah bersyukur kerana mendapat keluarga angkat dan isteri yang memahami.DJ membuat rumusan yang terbaik.
Begitulah kisahnya..... seharian itu, hati saya pilu mengenangkan nasib anak-anak malang yang dibuang ke dalam tong sampah....
Nota kaki: ..tak mampu berkata-kata lagi....
1 Ulasan
baru terbaca entri cikMa yang ini... post oktober 2011 dibaca pada april 14, 2012.. huhuh
BalasPadammenarik juga cerita nya ini..
thanks for sharing.. huhuhuh
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)