Khamis, 13 Oktober 2011

Solat Hajat 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua..

Bercerita tentang Air Yasin dalam entri sebelum ini, saya pun nak berceritalah tentang Program Solat Hajat 2011 yang telah dilaksanakan pada 30 September 2011 yang lalu. Yang menariknya, kali ini kami mengadakannya di dewan terbuka. Sebelum ini kami hanya buat di dewan tertutup sahaja. Seronok juga buat di dewan terbuka , kitaran udara nyaman dan tidak perlu mengeluarkan meja kerusi seperti selalu.

Lega hati ustazah dapat murid yang ringan tulang....

Penceramah jemputan yang merangkap pengendali majlis kali ini ialah Imam Muda Miril...Seronok sungguh murid-murid dapat berjumpa dengan Imam Muda...hanya enam orang sahaja murid yang tidak hadir, itupun ketidakhadiran bersebab. 


Berbaloi ustazah jemput Imam Muda Miril , bukan sahaja suaranya sedap tatkala mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran malah ceramahnya juga padat dan lengkap isinya sehingga semua hadirin tekun mendengar ceramahnya.



Selain Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin,YDP PIBG iaitu En. Sam Abdul Mutalib turut memberi amanat kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2011. Pada malam tersebut,  semua calon PMR dan SPM  menerima satu set alat tulis dan sebotol Air Yasin sebagai sokongan dan motivasi menempuh hari penting dalam hidup mereka.


Di kesempatan ini, ustazah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM 2011. Bagi calon PMR yang telah lepas, isikanlah masa yang ada dengan perkara yang berfaedah. Teruskan solat hajat, semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Nota kaki: ...... lambat masuk entri takde siapa nak marah.. kan?kan?


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)