Ahad, 20 November 2011

Bila Anak Ada 9.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Semasa berkursus di Tiara Beach Resort baru-baru ni, CikMa mengajak teman sebilik, dan seorang lagi kenalan baru keluar ke tepi pantai sambil pekena air kelapa muda dan pisang goreng. Maklumlah ... dah 3 hari tinggal di hotel, muak juga dengan menunya. 

Tiba di sebuah gerai, kami pun menikmatilah hidangan dengan panorama angin pantai... 

Tiba-tiba kenalan baru kami iaitu Kak Ton (bukan nama sebenar) seorang guru dari selatan tanah air menerima sms daripada suaminya...
"Amboi, sedaplah awak makan hotel hari-hari". Bunyi sms si suami.

Kak Ton memberitahu kami. Anaknya seramai 9 orang , yang sulung sudah masuk kolej, berumur 20 tahun dan yang bongsu berumur 5 tahun. Sudah tiga hari kesemua anaknya dijaga oleh suami. Apa nak buat, 'yang menurut perintah', terpaksalah berkelana ke Port Dickson untuk menyokong dasar pendidikan negara. Ikut hati, mana-mana ibu tidak sanggup kerja berjauhan meninggalkan anak dan suami di rumah.... Betul tak??


"Alah, selama ni saya masak, kemas rumah, basuh baju tiada sape pun ucap terima kasih. Sekali -sekala, awak rasa lah pulak." Kak ton membalas sms suaminya. Cuak.

CikMa mendengar sahaja keluhan hati Kak Ton. Berat juga kalau semua urusan rumahtangga isteri seorang yang memikul. Nak-nak  tanpa pembantu . CikMa yang beranak seorang ni pun rasa nak tercabut kaki , ini apatah lagi kalau 9 orang! Allahu Akbar....

Seusai petang itu, CikMa berseloroh dengan Kak Ton, kalau-kalau dia ter'accident', keluar anak ke 10, bagi jelah anak tu kat CikMa.... (suka di jiwa je kan...) hehehe....

Jadi, para suami sekalian... agak-agaklah dengan situasi di rumah... dah 'buat' anak sama-sama, jaga pun biarlah sama-sama okay..... Peace no war!

Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasehati para hadirin yang maksudnya:
 
'Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sandirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri- isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.

Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahwa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka.
                                                                                     (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)