السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Apa khabar semua kawan-kawan? Cuti sekolah dah bermula, jadi ada ruang dan peluang untuk saya meneruskan penulisan di sini...
Kali ini saya cuba nak mulakan dengan nafas baru. Sebagai langkah pertama , saya akan menggunakan kata ganti nama diri iaitu 'CikMa'.
Apabila membaca blog rakan-rakan yang lain, rasa mesra jika guna nama sendiri selain aku dan saya.
Sebenarnya , saya dipanggil dengan pelbagai nama samaran iaitu:
- Maria (keluarga)
- Kak Maria (adik-adik guru )
- Mak Su (anak buah)
- Kak Su ( junior sekolah)
- Along (junior sekolah)
- Ummi (anak dan anak-anak buah)
- Yati (orang asing)
- Mar (kakak-kakak)
- Ti (yang baru kenal)
- cikgu (murid Cina dan India)
- ustazah
- dan yang paling ramai panggil saya dengan nama CikMa... Mereka ini adalah kawan-kawan semasa belajar di universiti , dan rakan-rakan guru sealiran (Pendidikan Islam).. Jadi, mulai sekarang CikMa jadi pilihan.. ok tak? Oklah tu kan...
CikMa harap, apa-apa yang CikMa titipkan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua... Insya-Allah..
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)