Assalamualaikum dan salam sejahtera... .
Cuti sekolah ni, ke mana kita?
CikMa minggu pertama ini, selesaikan tugas kerja. Hajatnya minggu hadapan baru nak cuti-cuti Malaysia. Insya-Allah.
CikMa minggu pertama ini, selesaikan tugas kerja. Hajatnya minggu hadapan baru nak cuti-cuti Malaysia. Insya-Allah.
Duduk-duduk depan laptop, baca-baca berita, cerita dan status teman-teman, CikMa terbaca satu tulisan, bunyinya begini:
"Seorang isteri boleh sediakan makan, jaga pakaian , jaga anak-anak, dan kemas rumah. Tetapi, seorang lelaki yang kuat (zahirnya) tidak mampu nak buat semua itu untuk isterinya."
Membantu isteri di dapur, sunnah Rasulullah SAW |
Masya-Allah.
CikMa termenung tiga saat.
Tentu-tentulah ada sebab dan musababnya, kan?
" CikMa, akak masuk hospital, malam baru dia sampai. Satu hari sekali sahaja dia jenguk. Hari nak balik pun, dia minta orang lain yang jemputkan. Sampai anak akak cakap, ayah ni, sayang ke tak kat ibu?" Seorang teman berkongsi perasaan.
Sedaya-upaya, si ibu menjaga maruah suami di depan anak.
" Biarlah, ayah kan sibuk cari rezeki... . " Cuba berkata-kata. Walhal, perit ditelan, Allah sahaja maha tahu.
" Tapi, kalau ayah masuk hospital, ibu cepat-cepat pergi hospital jaga ayah. Siapkan semua apa yang ayah nak. Ibu tunggu di hospital sepanjang hari dan sepanjang malam. Ini tak adil. " Pandai pula si anak membidas , tidak puas hati.
Ibu, sekali lagi memberi kata-kata positif, untuk melegakan si anak, dalam masa yang sama, cuba melegakan hati sendiri.
Kasih sayang tetap sejati dan utuh, cuma, benar juga kata-kata manusia, kebanyakan suami tidak pandai menunjukkan kasih sayang.
Sebenarnya, menunjukkan ( bukan menunjuk-nunjuk) kasih sayang dalam keluarga, dapat mengeratkan hati dan mengukuhkan ikatan suami isteri.
Apabila suami ada di sisi, isteri rasa kuat.Apabila suami menyentuh, belaiannya bisa sahaja mengurangkan kesakitan.
Apabila dia bertanya khabar sepatah dua, serasa diri dihargai, makin terasa bermaknanya sebuah kehidupan.
Bukannya banyak yang dipinta.
Sentuh.
Belai.
Sensitif. (peka dengan keadaan isteri)
Tanya khabar.
Tak sempat call, sms sepatah.
Itu sudah memadai.
Kalau tak pandai, cuba-cubalah.
Buat sebelum terlambat.
Rumahtangga, ladang pahala.
Buat para isteri, ayuh berlapang dada. Kita imbal balas, demi kerukunan ikatan yang terbina.
Usah mengharap penghargaan manusia, kerana penghargaan Allah, lebih hebat daripada seisi dunia!
Sabda Nabi SAW: Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
Wallahu a'lam.
5 Ulasan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamai love my family yaaa... ehehe ;)
BalasPadamai love cikMa too... eheheh ;)
Amboi Tuan Raime... usah sekadar berkata-kata yer... buktikan dengan perbuatan tau! :)
PadamCikMa sayang Pak Uda gak ... .
lumrah kehidupan suami isteri.. saling lengkap melengkapi..
BalasPadamsuami mmg tak pandai nk tunjuk sayang....kasihnya terpendam di hati...mula mula dia lamar kita sampai sekarang... sebenarnya setia ke hujung nyawa
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)