Selasa, 6 Disember 2011

Contoh Bagi Semua yang Hamil/Sakit

    
 
Pagi subuh 10 Muharam ni, berdenting-denting bunyi sms hp CikMa. Rupa-rupanya , jiran CikMa, adik Siti Suraya yang sedang 'menunggu hari'  untuk  melahirkan cahaya mata  kalut bertanya tentang solat subuhnya pagi tadi...

Su yang sarat Aidilfitri lalu...


Tangan dah cucuk masuk air, wayar berselirat atas perut bagai, macamana nak solat ?
Terharu sungguh CikMa, sejuk perut ibu mengandung! 
Walaupun dalam sakit, dia masih berusaha bertanyakan hal solatnya.
Sungguhpun dia 2M ( muda dan moden ), solat tetap solat.
Alhamdulillah....

Memang!
Dah solat itu namanya tiang agama...
Dalam apa jua keadaan pun, solat perlu diutamakan...
Solat ibarat telefon kita ngan Allah...
Tempat mengadu, tempat mohon sesuatu
Tempat bergantung....
Kalau handphone hilang, sara-bara hidup kita sekejap kan?
Hilang punca , terputus hubungan dengan semua manusia
Nah, kalau tidak solat , samalah macam terputus talian kita ngan Allah..

Sebolehnya, usahakanlah untuk dirikan solat ok...

      1.Secara duduk
        a)    Duduk Iftirasyi ( duduk antara dua sujud )
        b)   Rukuk- tundukkan kepala/dahi setentang dengan tempat sujud
        c)    Sujud seperti biasa
       d)    Jika tidak mampu sujud dilakukan dengan menundukkan kepala
        lebih rendah daripada cara rukuk


 2.Secara baring mengiring
 
a)    Berada dalam keadaan baring mengiring atas rusuk kanan
b)   Muka dan dada mengadap kiblat
c)    Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala


         3. Secara baring menelentang

         a)    Baring dalam keadaan menelentang
         b)   Kaki dan kepala menghadap kiblat
         c)    Kedudukan kepala ditinggikan
            d)   Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala

         4. Secara Isyarat kelopak mata
  
       a)    Berada dalam keadaan baring secara menelentang
       b)   Kaki menghala kea rah kiblat
       c)    Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
       d)   Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata

       5. Secara ingat dalam hati

          a) Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati, pergerakan
              mengikut tertib rukun.


 Sekian..... Jagalah solat, pasti Allah jaga kita....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

4 ulasan:

  1. alhamdulillah..zla pon masa br kuar dr bilik operation aritu dan ubat bius lom ilang lg..mak tetap soh zla solat. dlm keadaan baringla, dan mak siap tolong sapukan air sembahyang..rasa syahdu sgt walaupon solat dlm keadaan kepala ting tong ting tong lg kesan ubat bius tu. tp mak ckp xper..nanti dah sihat balik..qadha balikla dgn solat sempurna .dan alhamdulillah..sepjg tempoh tu, xpenah tinggal solah..huhuh..terima kasih ibuku:)

    BalasPadam
  2. selangkah kita rapat dgn Allah ,1000 langkah Dia rapat ngan kita....sungguhpun solat kita ketika itu tak berapa nak khusyuk dan sempurna, tapi Allah yg maha pengasih lg maha mengetahui akan selalu bersama kita... insya-allah mudah-mudahan...amin!

    BalasPadam
  3. Salam..Info yg berguna...kak boleh kentek saya kat facebook...Yusriey Yunus..Info yg berguna

    BalasPadam
  4. terima kasih mendarat sini... ok akak dah sent request

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)