CikMa teringat akan kisah seorang anak murid CikMa , yang masih belum berkhatan walaupun sudah berumur 14 tahun (Tingkatan 2).
Dikisahkan bahawa kakak dan abangnya meninggal dunia ketika kecil akibat demam denggi. Oleh kerana dirundung kesedihan, maka si ibu bapa tidak mahu anak yang ada ini disakiti... Padahnya, sehinggalah anak semakin remaja, keadaan menjadi semakin sukar.....
Si anak diejek, malah dia sendiri berasa gerun dan menolak apabila hal berkhatan disuarakan oleh ibu bapanya. Masakan tidak, kawan-kawan di sekolah asyik menyakat tak sudah-sudah!
Sehinggalah suatu hari, dia melarikan diri dan bersembunyi setelah sampai di hospital...Ibu dan ayah jadi bingung dan mati akal dibuatnya....
Semakin sukar apabila dia tidak mahu tandatangan surat persetujuan untuk dikhatankan..Mungkin sebab dia dah ada IC, mungkin begitulah prosedurnya... Wallahua'lam.
Apabila naik Tingkatan 3, saja lah CikMa 'ngendeng-ngendeng' kat dia, tanya dah sunat ke belum? Murid ini , memang manja dan keanak-anakkan.... Berbeza dengan remaja sebaya dengannya..
Dia senyum simpul dan angguk... Teruja CikMa nak dengar cerita selanjutnya.Bersyukur pun ada.
Dia cakap, mak dia nangis-nangis pujuk supaya dia bersunat tahun itu juga.... Akhirnya, dia bersetuju dengan syarat dia dibius satu badan (tak sedarkan diri lah)
Ihsan : Ustaz Google |
Dia cakap: "Bila saya sedar, memang tak sakit... lama-lama, bila ubat bius dah abis, sakitnya ustazahhhhh... saya tak nak sunat lagi lepas ni!"
Hahahah... lawak sungguh anak muridku yang seorang ini!Aduhai... gelihati CikMa dibuatnya!
Alhamdulillah,akhirnya, misi berjaya... Semakin hari dia semakin matang... Mungkin dia rasa perubahan diri kot...
Jadi kepada semua teman-teman yang ada anak bujang yang di bawah umur... pikir-pikirkanlah..jangan tangguh-tangguh, haru jadinya nanti!!
2 Ulasan
inshaaAllah anak saya akan melaluinya Ahad ni... dah 11 tahun.. dah elok sangat..
BalasPadamAlhamdulilah asyraf dah selamat berkhatan isnin lps @ 8.12.2014..
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)