Ad Code

Responsive Advertisement

Muda-muda dah kerja...

 
 
Cuti sekolah kali ni CikMa tengok ramai anak-anak murid CikMa yang bekerja terutamanya yang tingkatan 3 dan tingkatan 4.
 
Muda-muda lagi dah bekerja.Masa zaman CikMa dulu, masa cuti sekolah ni lah kita nak 'cover' subjek yang lemah ... pulun belajar , sama ada ke pusat tuisyen, ataupun buat ulangkaji sendiri. 
 
Ya,lah.. zaman dah banyak berubah.

 
Murid dulu, takde handphone. Sekarang, dah ada handphone, nak kena beli top up pula.
 
Dulu-dulu , tiada facebook. Sekarang, dah ada facebook, dah ramai kenalan,dah banyak plan ,nak keluar makan-makan lah,nak tengok wayang lah... kena ada duit. Duit mak ayah bagi mana cukup....
 
Tapi, ada seorang anak murid CikMa, terpaksa bekerja. Bukan untuk beli top up atau ber ' cyber cafe'  tapi demi sesuap nasi! Kasihan dan simpati sangat kat dia....

Sebenarnya, CikMa tak berapa setuju jika murid sekolah bekerja, kerana mereka masih di bawah tanggungjawab ibu bapa. 
 
Tapi , bila difikir-fikirkan, daripada duduk melepak tak tentu arah, baiklah bekerja kan... 
 
Sekurang-kurangnya ada pengalaman dalam hidup bagaimana susahnya nak cari rezeki...
Harap-harap, bijak menghargai jerih - payah ayahbonda selama ini....

Masa kerja, kerja baik-baik.
Masa sekolah, belajar sungguh-sungguh...
Masa sekolah , jangan ponteng sebab nak bekerja pula...
Rotan baru tauuuu !


Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu