Pejam celik pejam celik keputusan PMR dah pun nak keluar....
Pelajar susah hati.
Ibu bapa risau.
Cikgu berdebar.
Yang pasti, keputusan PMR 2011 akan diumumkan hari Khamis ni, bermula 10 pagi di sekolah masing-masing.
Walaupun sekarang ada cara sms untuk dapat keputusan, tapi bagi CikMa, pergi sendiri dan tengok slip keputusan di depan cikgu dan kawang-kawan lain adalah lebih bermakna dan happening....
Bagi yang nak mencuba cara sms, tiada salahnya...
Hanya taip mySMS dan hantar ke 15888 .
Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi Khamis dan berakhir sehingga pukul 12 tengah malam, 28 Dis 2011.
PMR < jarak > NO IC ANDA <jarak> ANGKA GILIRAN ..
Murah je kalau nak sms: hantar 15sen
Caj Penerimaan : 20 sen
CikMa doakan semoga adik-adik yang mengambil PMR 2011 akan mendapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha kalian... Amin. Bagi yang mendapat keputusan yang tidak seperti diimpikan, ingatlah...PMR bukanlah kesudahan hidup.Bangkit dan belajarlah sesuatu dari kehidupan.Jangan emo!
1 Ulasan
Memang cikgu berdebar tak sudah!Kalau cemerlang, alhmadulillah,kalau sebaliknya, huh, siaplah berdepan dengan pentadbir sekolah!
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)