Ad Code

Responsive Advertisement

Jumpa Anak Hanya 2 Jam Sehari??

 

Setiap tahun , ada sahaja pengalaman baharu yang bakal CikMa tempuhi. Tahun lepas , setahun ulang-alik dari rumah ke sekolah... Cukup seminggu perjalanan, samalah seperti memandu  pergi dan balik dari KL ke Kelantan. Setiap hari , sampai rumah hampir jam 8.00 malam. Penat?? Toksah cakaplah....

Yang paling menyebalkan , CikMa dapat berjumpa dan berkomunikasi dengan  Mawaddah hanya pada 6.00 pagi -6.35 pagi, iaitu ketika menyiapkannya ke sekolah. Kemudian, CikMa berjumpa kembali dengannya pada pukul 8 malam sehingga 9.30malam. (Dia tidur awal untuk bangun keesokan paginya)

CikMa seorang guru yang rata-rata orang kata banyak masa bersama keluarga, tetapi, bayangkan, CikMa hanya bersama anak sendiri hanya 2 jam sahaja satu hari!!!

CikMa mengajar sesi petang, sekolah pula jauh dari rumah.Sudah lebih 6 kali mohon pertukaran, namun jawapannya, menghampakan. Kalaulah ada sesiapa yang membaca tulisan CikMa ini, yang ada hubungkait dengan pertukaran guru, CikMa berharap adalah simpati untuk CikMa sebagai seorang ibu....


"Saya jumpa ummi 2 jam sahaja sehari....Kesian saya...."

Apapun....CikMa kuatkan hati. Mahu tidak mahu , hidup mesti diteruskan..... Rezeki perlu dicari, sementara amanah sebagai khalifah Allah dipikul berhati-hati.Semoga ada hikmah di sebalik kejadian dan peristiwa.......
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu