Ahad, 26 Februari 2012

Cemburu Tanda Sayang Atau Benci??

 
 
" Hari-hari ibu balik pukul lima. Sekolah lagi penting, sekolah nombor 1. Ibu ada atau tak, sama sahaja. Masa ni belum balik lagi. Isteri kalau tipu suami, memang tak selamat!!."

Hah???????

Apa yang dah terjadi??
 
Apa perasaan anda jika menerima kata-kata begini daripada orang yang paling dekat di hati?

Inilah sms yang diterima oleh seorang teman CikMa daripada suaminya.Lega bukan daripada suami CikMa !! Kalau tak, memang menangis je la CikMa hari-hari. Huhuhuhuuuuuuuuwaaaaaa



Simpati CikMa terhadapnya. Kerja cikgu hari ini, tidak sama macam kerja cikgu  20 tahun yang lalu. Sungguhpun waktu bekerja 7.30 pagi hingga 1.50 tengah hari, namun,aktiviti di sekolah berlanjutan hingga ke petang. Ada hari kena masuk mesyuarat. Ada hari kena buat kelas tambahan. Ada hari, kena jaga murid latihan rumah sukan. Ada hari kena latih murid yang masuk pertandingan. Pendek  kata, memang rata-rata cikgu hari ini semuanya dah kerja terlebih masa.

Bagi suami yang faham, Alhamdulillah. Tapi bagi suami yang dah mula hantar sms begitu kepada isteri, apa lagi yang boleh kita terangkan? Adakah dia cemburu, ataukah sudah ada gerimis benci di hati??Nauzubillahi minzalik.

Komunikasi berkesan antara suami dan isteri sangat penting. Lebih-lebih lagi apabila timbul masalah sebegini. Terus -terang dan bawa berbincang, adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan.

CikMa berdoa semoga rumahtangganya kekal bahagia, semoga cemburu suaminya tanda sayang.Bukan benci dan dendam.

Sahabatku, bersabarlah dengan dugaan. Inilah namanya mehnah dalam perjuangan!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau risau munasabah..sayang la tu :)

      Padam
  2. x pakai mesin telepati yg ustazah maryati buat tue kot hehehe, or kene guna Sabun al-Bayt jugak nie, aromanya masya Allah, menyegarkan hehehe, layari laman blog saya http://sabun-albayt.blogspot.com

    BalasPadam
  3. dia tak baca la tu... tak sempat katanya....

    BalasPadam
  4. Nak jangung plaatik nak jagung plastik...

    13bm2

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)