Ad Code

Responsive Advertisement

Hafalan Solat Delisa : Banyak Manfaatnya!

 
 
Apa khabar semua? Dah tengok tak movie Hafalan Solat Delisa? Ditayangkan di Astro First atau boleh download dari youtube.






Kisahnya ringkas, tentang seorang kanak-kanak yang berusaha menghafal bacaan dalam solat. Namun, di sebaliknya, jalan cerita kisah ini mengetuk jiwa ....

Solat kita, khusyukkah??
Amalan kita , ikhlaskah??
Kasih sayang, dihargaikah??
Pengorbanan, berbaloikah??
Dugaan dan cabaran, tabahkah hati kita menghadapinya??

Bermula dari kisah  Delisa yang meneruskan pembacaan dalam solatnya, tanpa menghiraukan jerik- pekik orang lain tentang kedatangan tsunami, membuatkan air mata CikMa menitis tanpa henti sehinggalah kesudahan cerita.


Anak kecil ini tetap meneruskan solat walaupun tsunami melanda....




Manakala bagi Mawaddah, dia menangis ketika scene abi menjerkah kepada Delisa : "Ummi ngak ada!"  setelah Delisa menyebut nama umminya kerana rindukan masakan si ibu. Diikuti lagu Kasihmu Ibu, berjaya memecahkan empangan air mata Mawaddah....
 

Kerinduan kepada yang tersayang jelas terpancar


 
 

Pertemuan dan perpisahan, milik-Nya jua...


 
Delisa tetap tabah dengan kehidupan walaupun telah kehilangan tiga kakak, ibu dan sebelah kakinya.

CikMa kira, hampir 10 kali Mawadah menonton kisah ini tanpa jemu. 

Apa yang membuatkan CikMa terkesan ialah, setiap kali tidur dan bangun tidur, Mawaddah tekun membaca doa. Tatkala tiba waktu solat, dia sudah kurang culasnya.... Alhamdulillah...

Tontonlah sendiri, mudah-mudahan kalian mendapat manfaat yang banyak....

Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam k Su. Lia dh tgk filem ni.tau pun dari blog k Su ni.. . mmg best... terkesan juga dalam diri utk khusyuk dalam solat... di mana khusyuk itu kkdg amat payah...nak bagi jugak anak2 tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam Lia...

      kak su pun dapat tahu melalui kawan di sekolah... bersungguh-sungguh dia cerita kat akak... tu yang tengok tu..alhamdulillah.... sekarang nak didik anak kena banyak cara... menonton movie yg bernilai baik juga adalah medium yang sesuai untuk mereka...

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu