Ya, itulah yang CikMa nak beritahu kepada semua ibu dan bapa di luar sana.
Sedang CikMa menyemak buku latihan dan nota murid Tingkatan 1 hari ini, CikMa tertarik dengan tulisan dan kerja seorang murid, yang sangat kemas dan menarik perhatian.CikMa lihat muka hadapan. Mahu melihat siapakah empunya gerangan?
Oh. Saiful. (Bukan nama sebenar)
Budaknya rajin dan baik.
Abangnya juga CikMa ajar. Rajin dan baik sama seperti adiknya.Bukan itu sahaja, mereka juga bijak dan berada dalam kelas pertama.
Jadi, apa masalahnya?
Masalahnya, si ayah tidak mempedulikan mereka lagi. Mereka mangsa penceraian.Cuma syukur teramat kerana mereka bukan sahaja bijak dan aktif di sekolah malah pandai pula membawa diri.
CikMa usahakan agar mereka menerima bantuan biasiswa. Pendapatan ibunya yang sangat kecil, pastinya akan menyesakkan laluan hidup mereka berdua.
Menyelami hati anak-anak itu, membuatkan naluri ibu dan guru terbit simpati teramat.
Andai satu hari nanti mereka di mercu jaya, bakal munculkah dia yang bernama ayah??
4 Ulasan
betol ! jangan persiakan anak. untung maknya, alhamdulillah ank2 dia pandai :)
BalasPadamCikMa selalu doakan semoga Allah selalu jaga mereka. Kasihan, kan...
BalasPadamHaa...
BalasPadambaru cantek dan senang nak baca CikMa pakai font tu... eheheh ;))
pak uda..
terima kasih atas cadangan membina pak uda tu.. luv u! :P
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)