Ad Code

Responsive Advertisement

Ajar, Jangan Tak Ajar....


 
 
" Minggu depan, ustazah nak ajar macam mana nak mandi wajib."

"Ustazah, semua kena mandi ke?" Tanya Izam , murid berpipi montel Tingkatan 1 itu.

"Eh, taklah. Ustazah pilih seorang jadi model. Siapa nak jadi model?"

Beberapa murid mengangkat tangan. Termasuk Izam.

Lalu CikMa membuat undian, seorang daripada mereka terpilih. Berseri-seri muka Asieq kerana menjadi  pilihan.

" Lepas kita buat tunjuk cara  mandi wajib tu, ustazah nak buat amali bersihkan najis pula,"sambung CikMa.

"Betul-betul ke ustazah?" Tanya Izam lagi.

"Mesti la betul-betul, buat apa main-main...." Jawab CikMa sambil tersenyum.

Terbayang-bayang di ruang mata,  macam manalah agaknya gelagat murid-murid CikMa membersihkan najis nanti.

"Ustazah, saya nak bawa tahi kucing! Tahi kucing najis mutawassitah kan, ustazah?" Izam bersuara lagi. Dia memang seorang murid yang banyak perkataan. Pantas memberi respon. 

" Ha, boleh-boleh. Nanti isi dalam bekas ok!" CikMa menelan air liur. Semacam ada benda di anak tekak.

"Ustazah, saya nak bawa tahi hamster, boleh? " Baru CikMa nak tarik nafas dalam-dalam, Syahmy pula meluahkan hasrat. 

Murid-murid dalam kelas mula ketawa. Ada yang menunjukkan gelagat geli-geleman, tak kurang juga ada teruja.

Aduh-aduh... CikMa membayangkan tahi hamster. Macam mana, ya? Tak pernah tengok.

" Ustazah." CikMa menoleh. 

" Saya bawa pampers adik saya boleh?" Mata CikMa membulat. Macam tak percaya. Soleh menyengih , raut wajahnya yang tenang membuatkan CikMa serba -salah.

" Yang ada kek , atau tak?" CikMa menambah gamat.

Satu kelas ketawa.
 
 Aman jiwa CikMa. Anak-anak ini ke sekolah kerana ingin menuntut ilmu. CikMa cuba datangkan nilai holistik , biar ilmu mereka dapat dan melekat sampai akhirat.
 
 Namun, terkenangkan najis terakhir itu, anak tekak CikMa kembali meloya.
 
Bisakah???
 

Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu