Selasa, 29 Mei 2012

CikMa Ke Udara. Biar Betul!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Lewat petang semalam, En. Suhail b. Mohamed Kamaruddin, Ikon Belia Negara menelefon CikMa.  Berdebar juga hati CikMa , maklumlah dapat panggilan daripada tokoh belia ternama.... Ada apakah gerangannya? Ketika itu CikMa sekeluarga dalam perjalanan menuju ke i-City di Shah Alam.

" Kak, saya bagi pihak Radio Ikim nak jemput akak ke udara esok malam."

Ha? Biar betul!

Sudahlah berdebar apabila menerima panggilan telefon itu, maka, bertambahlah debaran di hati CikMa kerana diundang ke Radio Ikim.fm untuk sembang santai di situ.

"Ish, boleh ke akak ni, Suhail? Tak  pernah-pernah akak bercakap di radio nih!" Balas CikMa . Sedikit gusar.

"Akak, mana ada orang pernah kak.... Mesti ada permulaannya dulu... Kalau tak cuba, sampai bila-bila pun takkan pernah."

Amboi. Apabila Ikon Belia Negara  dah bagi ayat macam tu, ligat juga CikMa berfikir. Tercari-cari kekuatan diri.

"Hmm... macam ni lah Suhail. Nanti akak tanya suami dulu, minta restu dia. Kalau dia bagi, akak terimalah, ya? Kalau ada restu baru jalan...." Usul CikMa sebelum buat keputusan.

"Ok kak. Saya minta izin beri nombor telefon akak ni kat DJ yang bertugas, ya?"





Selepas suami CikMa yang tercinta lagi dihormati itu memberi izin, DJ Faiz menelefon CikMa.

Malam tadi CikMa tak lena tidur. 
Selalunya CikMa dengar suara orang dalam radio, kali ini, CikMa sendiri! 
 
 
Kini, ruang dan peluang tersedia. CikMa akan cuba buat yang terbaik , Insya-Allah. Moga-moga ada sesuatu yang dapat dikongsikan bersama.

Kalau teman-teman sekalian berkesempatan, dengarkan CikMa malam ini ya! 


Radio Ikim.fm 

Tarikh: 29.5.2012
Hari Selasa
Waktu Siaran: 10.15 malam hingga 11 malam




Jika ada komen membina, sila hantar email  kepada CikMa :
maksuecomel@gmail.com

Doakan CikMa sukses , ya!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

4 ulasan:

  1. Terbaiklah...! Buat & cakap biasa2 macam kat rumah je...i/Allah nanti suara Pn Maryati akan kedengaran natural...all the best, Cikgu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu Hidayat...

      Padam
  2. Wah tahniah, untuk program apa Cik Ma? Tahniah dah hebat sahabat aku nie hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slot remaja... selamat dah pun alhamdulillah..
      Terima kasih atas sokongan :)
      Saya tetap insan biasa, dan bakal jenazah!

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)