Isnin, 9 Julai 2012

Pengkarya Guru Siri 4 Penuh Nostalgia



 
 
Selama 3 hari dua malam (5-7 Julai 2012) CikMa berkelana bersama-sama  rakan-rakan Pengkarya Guru  di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Ini merupakan siri terakhir bagi Program Pengkarya Guru anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (KPM) dengan kerjasama DBP.
 
Pengalaman selama 4 siri iaitu 12 hari sejak April lalu, sememangnya menjadikan hidup CikMa bertambah warnanya.
 
Untuk menjadi seorang penulis, banyak ilmu yang perlu ditimba, dari mula berkarya, hinggalah kepada bab hakcipta. 
 
CikMa berharap, suatu hari nanti  dapatlah CikMa menghasilkan karya untuk diterbitkan,amin... .

Jom tengok gambar pula, ok!


Hotel yang selesa, makan pun sodapppp



Pn. Hjh. Fatimah Zainal, Editor DBP  yang menjadi Mentor kesayangan saya!



Ambil berkat Pn. Nisah Harun :) Sangat berinspirasi



Cikgu Zulkifli, peserta yang terpilih ke Bologna Itali tahun lalu. Syabas, cikgu!



Bersama-sama bos PNI Neuron Sdn. Bhd., Datuk Ivan



Bos Al-Ameen sedang melawat pameran



Tengah bersiap-siap  sebelum pameran



Meja pameran kumpulan CikMa : Cereka Moden Kanak-Kanak



Ilustrasi anak murid CikMa, Ramdan. Terima kasih, Ramdan!




Ust. Ruzain Syukur, penulis buku Tampil Positif Sejak Remaja



Ustazah Norhamimi, menulis tentang lebah. Kreatif !



Hasil tangan Ustazah Hamimi  dan anak-anak muridnya




Hadiah daripada MBKM , sangat eksklusif



' Pasport ' Pengkarya Guru 2012



Sekotak buku hadiah daripada PTS yang melebihi RM300 ! Sayanggg PTS!



Penuh nostalgia... . 





Hidup akan bermakna, jika dilengkapi dengan manis manfaat.

 
Sekian, salam sayang daripada CikMa :)


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

3 ulasan:

  1. CikMa, tarikh siri yang terakhir 6-8 Julai kan? Ke saya yang tersalah?

    Waaah syoknya tengok buku PTS itu. Kita dapat lain-lain buku, kan? Saya tak sempat nak 'snap' gambar buku tajaan PTS. Sudah diwakafkan sebahagian buku tersebut. Sedang membaca buku-buku ini juga. Stok setahun! ;)

    BalasPadam
  2. Ummu Khaulah,
    Betul tu. 6-8 Julai. Terlampau teruja sampai tertaip sehari awal. :) Kamera selalu CikMa bawa, jadi apa-apa pun snap dulu. Buat kenang-kenangan...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)