Ad Code

Responsive Advertisement

Buku Baharu vs Buku Lama

 
 
Buku catatan amalan  terus tercatat selagi insan bernafas.

Jika buku lama sarat dosa dan noda, maka , jadikan buku baharu penuh catatan pahala dan kebaikan.

Jika buku lama ada cacat cela, ayuh jadikan buku baharu ada penambahbaikan.

Jika buku lama tak lekang pencatat Atid, mari jadikan Raqib tak lekang dengan tintanya.

Syahadah, hayati. Mengaku Allah Tuhan yang satu, biar tawadhuk.

Solat, pelihara. Di awal waktu dan khusyuknya, biar terasa.
 
Puasa, sempurna. Bukan sekadar lapar dan dahaga, biar bermakna.
 
Zakat, relakan. Membantu yang susah sentiasa, biar berjasa.
 
Haji, azamkan. Berkorban harta dan nyawa, biar lengkap di usia muda.
 
Hijrah Nabi SAW , penuh diduga.
Hijrah kita, tiada menjangka.
 
Lebih baikkah?
Lebih burukkah?
 
Hijrah kita, jihad dan niat.
Tanpa  bilahan pedang, tanpa merentas  lautan sahra'.
 

Teruskan berjihad.
Jadikan sabar sebagai perisai.
Kerana syurga itu mahal. 
Hanya untuk mereka yang bertaqwa.

Akhirnya, tangan manakah yang menghulur buku catatan amalan di sana kelak.
Tangan kanan kah?
Atau tangan kiri kah?

Bergembira bagi yang menerima dari tangan kanan.
Meraung pula bagi yang menerima dari tangan kiri.
Mohon kembali ke dunia lagi, untuk menambah amal dan bakti.
Namun, sudah pergi tiada kembali.
Kerana itu, kita di sini, sedang meniti jambatan , buat menuju alam abadi.

Salam Maal Hijrah daripada CikMa... 
Semoga tahun baharu ini penuh dengan barakah, kebaikan dan amalan... .

Aktifkan talian kita dengan Allah melalui solat




Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu