Seminggu ini, emosi CikMa agak terjejas.
Tiada mood untuk mengupdate status di facebook apatah lagi menulis itu ini yang muluk-muluk.
Kisah anak dan ibu.
Kisah kerja dan rumahtangga.
Kisah membeli barang dan mendapat hadiah.
Gambar makanan yang enak-enak.
Apatah lagi lawak jenaka.
Di ruang mata hanya yang terbayang saudara seIslam di GAZA yang berlari-lari mencari tempat berlindung, tatkala dibedil zionis laknatullah.
|
Deritanya, terasakah kita? |
Terbayang anak-anak kecil yang menangis ketakutan.
|
Andai dapat kudakap anak ini... . |
Hati CikMa bagai disagat ketika melihat nasib anak-anak kecil yang mati syahid, meski raut tenang di wajah mulus.
|
Allah menyayangimu |
|
Kezaliman ini, layakkah zionis dipanggil manusia? |
|
Lihatlah kekejaman Israel |
|
Allahu Akbar! |
Apakah yang mampu kita lakukan dari tanahair yang tercinta ini?
1. Boikot produk yang menyumbang kepada rejim zionis (kalau tak mampu semua, setakat yang boleh)
2. Menderma kepada pertubuhan berdaftar untuk rakyat Palestin
3. Banyakkanlah berzikir dan bersyukur kerana Malaysia aman tanpa peperangan
4. Bangunlah di sepertiga malam dan memohon kepada Allah supaya membantu umat Islam di Gaza (mudah-mudahan ada satu detik yang Allah makbulkan doa kita)
5. Amalkan membaca doa Qunut Nazilah setiap kali lepas solat. (Cetak dan perbanyakkan serta edar kepada teman-teman)
Mudah-mudahan, usaha kita yang sedikit ini dapat memberi kesan positif kepada saudara seIslam kita di Palestin.
Tinggalkan sebentar tilam empuk kita di malam hari , sekurang-kurangnya kita mengangkat tangan menadah doa walau tidak mengangkat senjata seperti mereka.
Allahu Akbar!
1 Ulasan
allahhu akhbar...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)