Ad Code

Responsive Advertisement

Saham Akhirat Dengan Seringgit

 
 
Kelmarin, CikMa singgah di sekolah. Menyiapkan baki tugasan sebelum berpindah  sambil menjengok keadaan surau sekolah  yang sedang dibaikpulih.

Sedang Palestin berjuang mempertahankan tanah air daripada Israel laknatullah, CikMa di Malaysia berjuang menaiktaraf surau sekolah.




Tempat ambil wuduk
 
Tembok yang akan dipecahkan supaya lebih luas
 
Ruang dalam surau , pastinya akan diberi nafas baharu
 
" Ustazah ni, nak buat surau cantik-cantik, dia pula nak pindah!" Ujar rakan-rakan  guru di sekolah CikMa.
 
Dalam hati tentulah sayang, namun, keperluan hidup menuntut yang lain.
 
Biarlah. CikMa merenung.
 
 Jihad di Palestin, besar nilainya.  Akarnya jihad taqwa kepada Allah. Tanpa ibadah, mana mungkin jiwa jihad menyerlah. Terasa malu pada diri sendiri.

Surau sekolah, antara tempat CikMa menyebar dakwah, menerap ilmu ibadah. Kalau suram, tiada tarikan. 
Sesiapapun takkan suka datang bertandang.

CikMa berdikit-dikit, mencari penaja. 

Alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulur. Terima kasih CikMa ucapkan. Didoakan semoga kalian sentiasa dalam peliharaan Allah, dan dilimpahi rezeki berganda lagi barakah.

Namun, jumlahnya masih belum mencukupi. Allahu Akbar... .

CikMa kuatkan semangat. Biasalah, berjuang mana ada yang mudah? Sambil menadah tangan memohon kepada Allah Azza Wa Jalla, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, CikMa ingin menganjurkan:

TABUNG SURAU SEKOLAH
SMK ST. GABRIEL, KUALA LUMPUR

"SAHAM AKHIRAT DENGAN SERINGGIT"


 Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada:

MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK: 164548059224

Semoga tercapai hasrat murni ini untuk menyuburkan semangat beribadah,  demi menyerlah jiwa jihad dalam kalangan pelajar sekolah.
 
Walaupun mereka tidak berjuang di medan perang, 
mereka perlu berjuang menentang hawa nafsu.
 
Tanpa ilmu dan amal ibadah, mampukah??

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih CikMa rakamkan kepada yang sudi menginfak, semoga  dikira sebagai amal jariah, saham akhirat!

Nota kaki: Hanya RM1000 sahaja lagi yang belum mencukupi....



Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. insyaAllah dgn niat murni cikMa ke jln Allah pasti ramai yg tampil menghulur sumbangan sehingga siapnya surau sekolah cikMa

    BalasPadam
  2. Amin, mudah-mudahan... Terima kasih Nurul...

    BalasPadam
  3. blog bertuah anda telah dipromosikan disini ! jom tengok ---> http://dilladelaila.blogspot.com/2012/11/10-blog-bertuah-kali-ini.html . tahniah !!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, terima kasih Dilla... :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu