Jumaat, 29 Mac 2013

CikMa ke Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
 
 

Pagi tadi, CikMa telah pergi ke Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran untuk melupuskan buku-buku tafsir Al-Quran yang lama, yang sudah tidak digunakan lagi.
 
 

Setelah sekian lama mencari tempat tersebut , akhirnya CikMa sampai juga, setelah diberi panduan oleh kawan CikMa iaitu Puan Haslina Ismail yang tinggal di Hulu Langat.
 
Terima kasih Nina!
 
Rupa-rupanya tempat pelupusan tersebut terletak di bahu jalan Lebuhraya Cheras -Kajang. Selalu lalu situ, tapi memang tak tahu
 
Alamatnya, Batu 10, Cheras. Lalu Lebuhraya Cheras -Kajang, masuk simpang "Persimpangan TELEKOM". 
 
Tempatnya bersebelahan dengan masjid ini.
 
Kredit untuk Mawaddah yang snap masa umi pandu kereta :)
   
Inilah tempatnya:
 
 
 
Subhanallah, bersih tempat ini. 
 
Sewaktu CikMa tiba, kelihatan 3 orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pelupusan.
 
Memandangkan pengurus tempat tersebut tiada, tidak dapatlah CikMa merakamkan gambar untuk dikongsi dalam blog ini. Kata salah seorang pekerja , Tati namanya, kena dapatkan kebenaran bos terlebih dahulu jika mahu ambil gambar.
 
Amanah sungguh pekerjanya. 
Walaupun agak kecewa, CikMa terpaksalah akur... .

Pun begitu , CikMa dapat masuk ke dalam kawasan berkenaan untuk melihat sendiri bagaimana helaian ayat Al-Quran dilupuskan.
 
Satu-persatu dimasukkan ke dalam mesin pemotong kertas, untuk menjadikan kertas yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran itu halus.
 
Setelah itu baharulah di masukkan ke dalam ketuhar kertas. Proses ini akan dilakukan pada waktu malam. Besar ketuharnya CikMa tengok. 
 
Selepas kertas menjadi debu, ianya dicampurkan dengan air dan bahan pengeras, untuk mengeraskan debu tadi. Debu yang keras akan dipotong menjadi ketulan kecil, seberat lebih kurang 6 kg. 
 
Proses terakhir, ketulan debu akan diangkut ke laut.
 
Untuk pengetahuan rakan pembaca, perkhidmatan ini pada mulanya percuma. Namun disebabkan permintaan semakin tinggi, pihak pengurusan terpaksa menggunakan khidmat tenaga pekerja. Begitu juga dengan kos pengangkutan ke laut.  
 
Oleh yang demikian, bayaran dikenakan bagi menampung kos tersebut.
 Bagi Al-Quran, sekilogram dikenakan RM6. Manakala  ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk kitab Tafsir dan seumpamanya, dikenakan bayaran sebanyak RM10.
 
Dua kotak tafsir Al-Quran yang CikMa bawa tadi, beratnya 25kg, maka , CikMa membayar RM250 untuk perkhidmatan tersebut.
 
Banyak juga kan? Tapi tak mengapalah. Sebab CikMa sendiri tak mampu nak bakar satu demi satu dan bawa ke laut.
 
Jika nak tanam, kena pastikan tempat tersebut bukan menjadi laluan orang ramai.
     
  Demikianlah pengalaman CikMa ke tempat pelupusan ayat suci Al-Quran hari ini...
 
 
  

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 25 Mac 2013

Pengkarya Guru Siri 2, Bergurindam Pak Mas Adeki



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... .
CikMa memulakan cuti sekolah kali ini dengan menyertai Program Pengkarya Guru 2013 Siri 2, di Hotel Flamingo. 
(22-24 Mac 2013)

Dalam kesibukan di sekolah, CikMa dan teman-teman seangkatan , iaitu Kumpulan Oxford Fajar, berjaya menghantar pemetaan cerita dan contoh bab untuk dinilai oleh editor, mengikut tarikh yang  ditetapkan.


Allah Ta'ala sahaja yang tahu bagaimana 'semputnya' apabila dikejar 'garisan mati'. 
Minda diperah, idea tercurah. 

Sungguhpun sukar, 
Semangat tetap membakar.


Gambar? Tentulah ada...

Kredit kepada Ustazah Siti Sarah Insyirah (Geng Bahasa Arab) yang 'mengetest' kamera Ipad Apple nya... :) Jazakillahu khairan jaza'.


Dari kiri: Ustazah Siti Sarah, Cikgu Sidek@ Mas Adeki, CikMa, Cikgu Siti Zaharah


(Kiri) Dr. Samsiah Mohd Nor (Tangisan Bulan Madu)


"Istanbul, Aku Datang!" Kata Ustazah Siti Sarah :)

Tekun nampak? Belakang, Puan Zaiton, Editor  Oxford Fajar

Antara penulis Oxford Fajar

Sesi 'post mortem' karya bersama-sama Puan Azra Dato' Azman, Pengurus Kanan Oxford Fajar


Apakah komentar Puan Azra setelah membaca bab contoh CikMa?

Nantikan entri seterusnya... .jeng jeng jeng...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 14 Mac 2013

13.03.13 : Ribut Melanda Kajang



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

13 .03.13 dalam sejarah!

Tidak di sangka-sangka, hujan ribut telah melanda Kajang petang tadi.

Di sekolah CikMa, hujan mulai turun dengan lebat pada jam 5.30 petang. Angin ribut dalam 10 hingga 15 minit pertama, benar-benar membuatkan semua warga sekolah berdebar dan ketakutan.
 
Murid-murid ada yang menangis sebab ketakutan yang amat sangat.
 
Tingkap berdentum lalu pecah.
 
Bidai tercabut lalu patah dan jatuh ke bawah.
 
Atap tercabut dan melayang kira-kira 150 meter.
 
Allahu akbar.
 
Ketika pulang, jalan sana-sini di tutup kerana pokok tumbang dan melintang di tengah jalan.
 
Sudahnya, CikMa singgah di Masjid Kajang, untuk solat Maghrib.
 Alhamdulillah Cikgu Intan, yang tinggal setaman dengan CikMa ada bersama-sama-sama. Jadi, kurang sikit 'gabra' memandu kereta.
 


    
 

 Atap yang tercabut dan 'terbang' 
 
 
Bidai tercabut juga
 
 
Solat Maghrib di Masjid Kajang

 
Pokok tumbang sana sini
Alhamdulillah, sampai juga selepas 'memusing' satu  Kajang
 
Ini baru ribut kecil.
 
Andai kiamat nanti, bagaimana?
 
Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami... . 
 
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 3 Mac 2013

Pengkarya Guru 2013 Siri 1


 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
 

Setelah menerima surat ini, CikMa kembali sibuk.  



Tahun lepas CikMa juga berpeluang mengikuti program ini. Nampaknya pengisian kali ini,  banyak pembaharuan yang dibuat oleh pihak MBKM. 


Seramai 300 orang guru dan pegawai pendidikan seluruh Malaysia telah menghantar permohonan untuk menyertai Program Pembangunan Pengkarya Guru , anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) , KPM. Setelah dibuat saringan , hanya 160 orang yang layak untuk menyertai program ini. CikMa salah seorang daripadanya. Alhamdulillah.



Jadual yang padat namun sarat dengan ilmu dan maklumat berkenaan penulisan banyak membantu para peserta dalam memantapkan pengetuahuan sedia ada. Para penceramah yang dijemput juga merupakan tokoh ternama yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan dan penerbitan.
 
Bertuah rasanya dalam bertemu dengan mereka, yang baik hati dan tidak lokek dengan ilmu. 
 
Mari kita tengok gambar pula. 

Peserta asyik mendengar ceramah

Tn. Haji Ishak B. Hamzah, "Nota Untuk Ibu"
Dr. Ghazali Lateh " Kasut Kelopak Jantung"

Pn. Zainora (kiri sekali) dan Puan Mahaya Mohd Yassin

Teman sebilik: Cikgu Salwa (Johor), CikMa , Cikgu Muna (Pulau Pinang)


Sebanyak 11 penerbit yang turut serta kali ini, untuk 'mencari' penulis dan pengkarya bagi syarikat mereka antaranya  Oxford Fajar, Sasbadi, Al-Ameen, Al Yamani, Pekan Ilmu, Cerdik Publication, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pelangi Novel , Arus Intelek dan K. Publishing.
 

Peserta memilih penerbit mengikut kebolehan masing-masing
CikMa memilih Oxford Fajar :)
Pn. Azra Dato' Azman, dari Oxford Fajar sedang memberi penerangan
Dari minda ke papan kekunci
Sesi membentangkan idea
Teman seangkatan (Ustazah Siti Sarah- Geng Bahasa Arab)

Tugasan telah dibekalkan. CikMa kini sedang berkejaran dengan masa.
 
Doakan CikMa  berjaya, ok!

 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥