Jumaat, 29 Mac 2013

CikMa ke Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
 
 

Pagi tadi, CikMa telah pergi ke Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran untuk melupuskan buku-buku tafsir Al-Quran yang lama, yang sudah tidak digunakan lagi.
 
 

Setelah sekian lama mencari tempat tersebut , akhirnya CikMa sampai juga, setelah diberi panduan oleh kawan CikMa iaitu Puan Haslina Ismail yang tinggal di Hulu Langat.
 
Terima kasih Nina!
 
Rupa-rupanya tempat pelupusan tersebut terletak di bahu jalan Lebuhraya Cheras -Kajang. Selalu lalu situ, tapi memang tak tahu
 
Alamatnya, Batu 10, Cheras. Lalu Lebuhraya Cheras -Kajang, masuk simpang "Persimpangan TELEKOM". 
 
Tempatnya bersebelahan dengan masjid ini.
 
Kredit untuk Mawaddah yang snap masa umi pandu kereta :)
   
Inilah tempatnya:
 
 
 
Subhanallah, bersih tempat ini. 
 
Sewaktu CikMa tiba, kelihatan 3 orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pelupusan.
 
Memandangkan pengurus tempat tersebut tiada, tidak dapatlah CikMa merakamkan gambar untuk dikongsi dalam blog ini. Kata salah seorang pekerja , Tati namanya, kena dapatkan kebenaran bos terlebih dahulu jika mahu ambil gambar.
 
Amanah sungguh pekerjanya. 
Walaupun agak kecewa, CikMa terpaksalah akur... .

Pun begitu , CikMa dapat masuk ke dalam kawasan berkenaan untuk melihat sendiri bagaimana helaian ayat Al-Quran dilupuskan.
 
Satu-persatu dimasukkan ke dalam mesin pemotong kertas, untuk menjadikan kertas yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran itu halus.
 
Setelah itu baharulah di masukkan ke dalam ketuhar kertas. Proses ini akan dilakukan pada waktu malam. Besar ketuharnya CikMa tengok. 
 
Selepas kertas menjadi debu, ianya dicampurkan dengan air dan bahan pengeras, untuk mengeraskan debu tadi. Debu yang keras akan dipotong menjadi ketulan kecil, seberat lebih kurang 6 kg. 
 
Proses terakhir, ketulan debu akan diangkut ke laut.
 
Untuk pengetahuan rakan pembaca, perkhidmatan ini pada mulanya percuma. Namun disebabkan permintaan semakin tinggi, pihak pengurusan terpaksa menggunakan khidmat tenaga pekerja. Begitu juga dengan kos pengangkutan ke laut.  
 
Oleh yang demikian, bayaran dikenakan bagi menampung kos tersebut.
 Bagi Al-Quran, sekilogram dikenakan RM6. Manakala  ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk kitab Tafsir dan seumpamanya, dikenakan bayaran sebanyak RM10.
 
Dua kotak tafsir Al-Quran yang CikMa bawa tadi, beratnya 25kg, maka , CikMa membayar RM250 untuk perkhidmatan tersebut.
 
Banyak juga kan? Tapi tak mengapalah. Sebab CikMa sendiri tak mampu nak bakar satu demi satu dan bawa ke laut.
 
Jika nak tanam, kena pastikan tempat tersebut bukan menjadi laluan orang ramai.
     
  Demikianlah pengalaman CikMa ke tempat pelupusan ayat suci Al-Quran hari ini...
 
 
  

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

  1. menarik..
    selalu juga singgah masjid sebelah telekom ni,tapi tak perasan ada pusat pelupusan ni..biasalah bila memandu takut nak pandang kiri kanan lama2..takut2 tersondol kereta org depan..saya ada juga nak lupus tafsir dan alquran lama. ada se beg plastik besar..berat jugalah.. insyaAllah jika berkelapangan, sampailah saya di sini nanti. tq atas info yg sgt berguna.

    BalasPadam
  2. Tuan Qalam, terima kasih.

    Itulah, rupa-rupanya tepi jalan sahaja... tapi ada lorong kecil sikit. kena masuk situ :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)