Pagi tadi, CikMa dikejutkan dengan pemergian pakcik iaitu adik emak , kerana sakit buah pinggang. Maka, segala urusan ditangguh dan kami bergegas ke rumah allahyarham di Batu Pahat.
Terkejut dan sedih dengan pemergian beliau. :'(
Malam ini, tidurnya sendiri Berbantal tanah, berselimut kapan Sedang kita, tidur berulit mimpi Ralit membilang hari, esok, itu dan ini.
Yang pergi, itu pasti Membawa bersama amalan dan bakti Sebagai hamba takdir diimani Lahir disyukuri, pergi ditangisi.
Allah lebih menyayangimu Damailah dikau di sana Meski riak wajahmu bakal menjadi kerinduan Suaramu masih terngiang-ngiang.
Kita yang masih bernyawa Mari bersimpuh berteleku Sama-sama renung bermuhasabah Cukupkah bekalan untuk ke sana?
Cahaya solat dan bait Al-Quran Alunan zikir di kedinginan malam Amal makruf nahi mungkar Sesama manusia berbaik ihsan Hubungan dengan Allah, menjadi keutamaan.
Taubat, sentiasa Semua hanya pinjaman Dunia ini, sementara cuma.
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)