Ad Code

Responsive Advertisement

Kisah Pesta Buku Antarabangsa Yang Menggamit Rasa !

 
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini kembali. 
 
CikMa teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang teman ketika di PWTC beberapa tahun lalu. 

" Akak dari mana?" Soal  suami teman CikMa.

" Dari Kedah, dik." Jawab seorang kakak, yang agak berumur.

"Jauhnya?" 

"Akak tiap-tiap tahun mesti datang Pesta Buku ni. Akak suami isteri menoreh getah je. Tapi kami simpan duit, semata-mata nak ke sini. Datang pagi-pagi, nanti petang-petang balik. Tak bermalam." Jawab kakak ini lagi.

" Akak datang ngan siapa lagi?" 

" Datang dengan anak-anak, naik bas. Akak ada anak 4 orang. Akak ngan abang simpan RM1000. Kami bagi seorang RM250. Biar diorang pilih dan beli sendiri apa sahaja buku yang diorang nak." 


Jawapan kakak ini, yang merupakan penoreh getah  jauh nun dari utara tanah air, menimbulkan rasa insaf di hati.

" Sejak hari itu kan CikMa, kami laki bini, yang duduk tengah-tengah KL ni, mesti datang dan beli buku untuk dibaca." Begitulah cerita teman CikMa.

CikMa termenung juga. Kita ini simpan duit untuk beli kereta, rumah, telefon baharu, tab, yang beribu-ribu. Tak pernah terfikir nak simpan duit untuk beli buku. Nak beli kamus anak yang harga  lebih RM50 pun, dok berkira-kira tak habis-habis.

Allahu akbar!




Membaca jambatan ilmu. 
Membaca budaya bangsa.
Bangsa membaca bangsa berjaya.  


Apa tunggu lagi? Jom!
 

Oh, ya! CikMa dan rakan-rakan guru Program Pembangunan Pengkarya Guru, MBKM, KPM akan berada di sana pada hari perasmian, iaitu pada hari Sabtu, 27 April 2013.

Jumpa di sana!
Saya rasa:

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah, sy dah beberapa thn pg bwk anak2. InsyaAllah thn ni kalau diizinkanNya kami akan sampai lg. Anak2 sume dah xsabar nak memborong buku kegemaran masing2.

    BalasPadam
  2. Tahniah Puan Norliza, kagum saya dengan usaha puan dalam mendidik anak-anak suka membaca! Allah pasti beri keredhaan dan keberkatan kepada sesiapa yang suka mencari ilmu.

    BalasPadam
  3. Akak, terkedu baca cerita ini. Masya Allah. Hebat sungguh ibu bapa itu..

    Saya memang tak pernah 'miss' PBAKL sejak 2006. Dah kahwin pun bawa juga bayi..huhu...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu