Selasa, 27 Ogos 2013

Seminar Teknik Menjawab Skor A PMR dan SPM @UIA Gombak




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua


Masih dalam mood raya?

Bagi teman-teman pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini, baik UPSR, PMR mahupun SPM,sudah tentu kita turut merasakan debarannya.

Nak raya sakan pun tak sampai hati  kan.... >.<
Tak mengapalah. Kesederhanaan kita dalam berhari raya  itu juga dikira sokongan kepada anak-anak tersayang. 

Setiap pengorbanan dan dorongan buat anak-anak, pastinya membuahkan hasil, Insya-Allah.

Di sini CikMa ingin mewar-warkan satu seminar PMR dan SPM anjuran De Soul Training & Consultancy, yang akan diadakan pada bulan September nanti.

CikMa sendiri akan hadir sebagai Penceramah Jemputan bagi subjek Pendidikan Islam PMR, Insya-Allah.




Tarikh peperiksaan semakin hampir. 
Debaran semakin kuat. 
Tekanan pasti  ada. 
Pelajar , guru dan ibu bapa yang berwawasan, sudah tentu mahu melakukan yang terbaik. 

Secara peribadi, CikMa menyeru kepada ibu bapa di luar sana supaya mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan dalam seminar ini. Paling-paling tidak, mereka dapat motivasi dan tips akhir sebelum peperiksaan. Selain itu, seminar ini akan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada di samping meningkatkan semangat diri untuk mencapai kejayaan.

RM120. Bukanlah persoalan. 
Sekali beli baju atau keluar makan sekeluarga  pun habis juga. 
Kan? Kan?

Malah berbelanja demi pendidikan anak-anak, lebih bermakna dan berharga di sisi agama.

Apa tunggu lagi? Ayuh daftar!





Nama akaun   : DE SOUL TRAINING & CONSULTANCY
Nombor akaun : 5647 9911 0925
Cawangan      : MAYBANK CPI GOMBAK

TARIKH TUTUP PENYERTAAN BAGI PMR = 4/9/2013
TARIKH TUTUP PENYERTAAN BAGI SPM = 24/9/2013

* Setelah transaksi dilakukan, mohon SMS kan kepada nombor
014-5388565( Mohd Azuhan)  beserta butiran:

1 - Jumlah Bayaran
2 - Masa & Tarikh Bayaran
3 - Tempat Bayaran
4 - Nama Peserta (NAMA PENUH)
5 - Nama Sekolah
6 - No IC

~ Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian~

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 22 Ogos 2013

Puasa Enam, Sempatkah Kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... .

Apa khabar  pembaca budiman yang CikMa hormati? Sudah 15 Syawal kita hari ini. Ada yang sudah mulakan puasa qada', puasa sunat enam  bahkan ada juga yang sudah selesai melaksanakan puasa sunat enam dan qada'.

 Alhamdulillah. Syabas CikMa ucapkan. 

"Saya  ni umur dah hampir 40 tahun. Tapi, sekalipun belum pernah dapat puasa enam. Tahun ni saya berazam nak puasa enamlah. Yelah, masa bulan Ramadhan dulu tak tahulah dapat ke tidak malam Lailatul Qadar. Yang ini, puasa enam, bagai berpuasa sepanjang tahun. Saya nak try. Doakan saya ye!"
Allahu Akbar.
Alhamdulillah, masih ada hamba Allah yang terus -menerus mahu meningkatkan ibadah sebagai bekalan akhirat.  


  "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)


Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal juga akan  melengkapkan kekurangan dan kecacatan ketika seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadhan. 


Ketika  berpuasa dalam bulan Ramadhan, puasa itu merupakan latihan buat kita. Apabila tamat Ramadhan, tugasan kita seterusnya ialah mengamalkan puasa, tunaikan yang qada' dan amalkan yang sunat.


Sama juga seperti seorang tentera,  setelah diberi latihan dalam bidangnya, beliau akan dihantar bertugas untuk mempraktikkan segala bentuk latihan yang dilalui sebelum ini. 

Begitulah.

 Puasa enam hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal, sama ada berturut-turut  bermula 2 Syawal , atau berselang seli. 


Tahun hadapan, belum tentu lagi kita akan bertemu Syawal.
 Apa kata Syawal tahun ini, kita buat puasa enam?  

Lihat sahaja tragedi kemalangan bas di Genting Highland yang berlaku semalam, sekelip mata sahaja meragut lebih 30 nyawa. Nauzubillahi min zalik.

Perkara yang berlaku di sekeliling, ayuh kita jadikan iktibar.

Insya-Allah, keberkatan Allah sentiasa menyinari langkah kita.

Allahumma amin.





 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 15 Ogos 2013

Ramadhan dan Suami Terlajak ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... .

Apa khabar semua? Lebih sebulan lamanya CikMa menyepi. 

Ramadhan , telah berlalu. 
Dulu-dulu, lagi nak raya, lagi happy. Tapi apabila umur menginjak dewasa, perasaan sedih mengambil alih. Sedih apabila Ramadhan berakhir. Maklumlah, Ramadhan bulan tarbiah. Mendidik diri.

Tingkatkan ibadah.
Banyakkan amalan.
Tingkatkan sabar.

Untung-untung, bertemu dengan Lailatul Qadar, yang lebih baik dari 1000 bulan. Andai  malam tu kita solat dua rakaat, samalah seperti kita solat dua rakaat selama 83 tahun! Subhanallah.

Cuba pakat-pakat scan  diri kita. Andai selepas Ramadhan, kita kembali kepada asal, mungkin sebulan Ramadhan tidak mencukupi buat kita. 
Allahu akbar.
Seorang isteri  telah datang dan mengadu. Dia telah 'bersama' si suami, selepas sahur dan terus terlajak (maaf) sehinggalah azan subuh. Bermakna, puasa mereka terbatal, lalu, si suami wajiblah qada' puasa dan kifarah iaitu sama ada merdekakan seorang hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Termenung seketika si isteri. Nampaknya, memang berat denda Allah kepada sesiapa yang melanggar peraturan.

Merdekakan seorang hamba, setahu CikMa, di Malaysia, semua orang merdeka. Wallahu a'lam. Jadi, puasa dua bulan berturut-turut, masya-Allah. Mampukah???
Puasa. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari, beserta niat. 
Apabila direnung kembali,  mungkin dengan tarbiah sebulan Ramadhan iman kita masih menipis, itulah sebabnya Allah mendenda kita (si suami) berpuasa selama dua bulan berturut-turut , untuk mendidik diri dan meningkatkan keimanan. 

Sekiranya benar-benar tidak mampu, berilah makan kepada 60 orang fakir miskin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.

Mata yang berkaca menggambarkan betapa kesalnya atas kealpaan diri. Sunggupun telah berlalu, sama-sama kita ambil iktibar. Dan yakinlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

CikMa menyeru kepada diri sendiri dan teman-teman pembaca, jadikan Ihya' Ramadhan kekal dalam diri kita, kekal dalam jadual rutin hidup kita.

Biar hidup kita sentiasa 'dengan' Allah. Biar bertambah keimanan, bertambah keberkatan, bertambah ketenangan, dan bertambah kebahagian.

Allahumma amin.

Salam lebaran daripada CikMa, mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah... .
Lepas ni, kita cerita tentang puasa enam pula. Insya-Allah.









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥