Isnin, 23 Disember 2013

Apabila Ustazah Mengajar Ustazah... .

 

 


  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
 

Apa? Ustazah mengajar  ustazah?

Eh, pelik ke? Tak ,kan?

Memandangkan ilmu Allah yang maha luas untuk diterokai, maka CikMa telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai Kelas Tajwid

Kelas ini dikendalikan oleh Ustazah Faizah Hj. Hussin, Johan Tilawah Kebangsaan suatu ketika dahulu. Kelas ini juga dipantau oleh JAIS, dan pada setiap hujung bulan, kami akan menduduki peperiksaan bulanan.
 
Kelas diadakan seminggu sekali. Setiap kali pulang dari kelas, hati CikMa cukup terkesan dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Ustazah Faizah.
 
 
 
 

Semakin kita belajar, semakin diri terasa jahil.

Semakin kita belajar, semakin tinggi keinginan diri untuk terus belajar.


Setiap hari saya pasti belajar sesuatu!



Sebagai selingan, Ustazah Faizah pasti menyelitkan kisah dan pengalaman beliau sepanjang penglibatannya dalam bidang Al-Quran ini. Kisah dan ilmu yang dicurahkan membuatkan roh subur untuk selalu mendampingi Al-Quran.

Katanya, JUTAWAN AL-QURAN ialah orang yang membaca Al-Quran seribu ayat dalam sehari. Manakala sesiapa yang hanya membaca satu hingga sembilan ayat dalam sehari dikira dalam golongan yang lalai.

Allahu akbar.






Sebaik-baik waktu untuk membaca Al-Quran adalah sepertiga malam. Ketika itu, malaikat akan berteleku di hadapan pembaca Al-Quran, lalu memperbaiki bacaan tersebut seterusnya dibawa ke hadapan Allah. Mana mungkin Allah menolak bacaan yang telah dibaiki itu. Pastinya  ganjaran pahala dikurniakan.

Subhanallah.

Masya-Allah.

Tapi hari ini kita sendiri lalai.
Tak pandai mengaji, tidak mahu belajar.
Tahu mengaji, tidak mahu pula membaca Al-Quran.
 
 Astaghfirullahal azeem.
 
Ampuni kami ya Allah. :'(
 




Lantas CikMa teringat kata-kata seorang teman, " Kita sanggup belajar itu dan ini. Belajar master, belajar masak, belajar bawa kereta. Bersungguh-sungguh. Bila-bila pun sanggup.  Tapi , kenapa kita tak bersungguh-sungguh belajar baca Al-Quran, sedangkan sudah pasti Al-Quran beri syafaat kepada pembacanya."

Allahu robbi.

Memang kata-katanya itu memanah ke lubuk kalbu.
 
"Ada seorang makcik tua. Dia sakit lutut. Tapi hati kuat nak belajar mengaji. Kelas di tingkat atas. Setiap kali datang belajar, dia akan merangkak di tangga itu. Dan, dia tidak mahu orang lain membantunya menaiki tangga tersebut. Kasihan kami melihatnya. " Cerita Ustazah Faizah.
 
"Takpe ustazah, biar saya susah, merangkak nak pergi kelas Al-Quran. Semoga Allah berkati usaha saya ni ustazah," uajar makcik tua tersebut.  
 
Biar kita merangkak di dunia, asal nanti kita tidak merangkak di titian sirat.
 
CikMa rasa  sungguh terkesan  mendengarkan kisah ini.
 
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Ampuni kami ya Allah... :'(


Mahu membaca Al-Quran, usah beralasan. 
Syaitan menggoda-goda sampai kita menjauh dari Al-Quran.
 
Cubalah.
 
Lepas solat, capai terus Al-Quran, duduk dan baca.
Bacalah walaupun hanya satu halaman. 
 
 
Buat selalu. Nanti roh menjadi tenang. Hati terus lekat dengan Al-Quran dan jadi sayang!
 
Dampingi Al-Quran sekarang, semoga  Al-Quran menemani kita di alam kubur nanti.
 
Ya Allah, berilah kami kekuatan !







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

2 ulasan:

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)