Khamis, 14 Januari 2016

CikMa Kembali Ke Blog :)


Yuhuuuu....CikMa datang ni. :)

Allahu akbar, tahun lepas  hanya satu entri sahaja yang CikMa tulis. Teruk betul! Entah kenapa agaknya, keinginan menulis di blog berhenti seketika sungguhpun banyak kisah yang mahu CikMa kongsikan.






2016 muncul, seperti biasalah, macam-macam azam dan pengharapan yang diletakkan. Zaman dulu kita tulis azam kat dalam diari (ada lagi ke orang tulis diari sekarang ni?) hehehe, untuk tatapan peribadi. Macam-macam  kita tulis tanpa segan silu sebab hanya kita yang baca. Kalau tak tercapai pun, ada aku kesah? >.<

Namun, seiring dengan zaman serba canggih ini, semua azam kita semua orang tahu. Masakan tidak, segala media yang ada kita tulis di situ. 

Facebook.
Twitter.
Instagram.
Whatsapp.
Telegram. 
Blog. 

dan yang sekutu dengannya. 


Sebenarnya ada pro dan kontranya. Yang positifnya, apabila orang tahu azam kita, mereka akan menyokong dan support kita. Bagi cadangan idea itu ini.  Yang negatifnya, kalau tak tercapai, kita pulak yang kena boo balik. Huh! Buat malu muka pulak. Adoiiii...

Apa pula azam tahun baharu CikMa tahun ni ya? 


Jeng jeng jeng..... 

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7. 

Aik. Kosong je? Op. Biarlah rahsia. 

CikMa dah tak tulis diari lagi, tapi CikMa tulis 'dalam hati' je lah. Ada juga yang CikMa kongsi dengan orang sebelah. Dia setuju atau tak, suka hati CikMa lah kan. Yang penting dalam hati ada taman.


Kalau semua dah ada azam, marilah kita amat-amati, usaha ke arah pelaksanaan. Nak sesuatu, bukan hanya di bibir, tapi kena kerja keras.

Doa, jangan lupa ok!




 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)