السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua….
Alhamdulillah, akhirnya keinginan untuk memiliki blog sendiri tercapai…. Itupun dengan usaha dan bantuan anak muridku, iaitu Presiden Megat. Syukran Megat!Walaupun simple, tak menjadi masalah sebagai permulaan .Yang penting, tapak sudah ada….lepas ni, aku akan cuba ‘godek-godek’ dan belajar, macam mana nak serikan lagi blog nih… Insya-Allah…
Aku minat menulis. Al-maklum, ambil SPM aliran sastera.Dan satu lagi, aku suka bercerita.Setiap hari balik sekolah ( kerja), ada sahaja yang nak aku ceritakan kepada keluarga. Maka, ‘terpaksalah’ suami, emak, abang dan anakandaku menjadi pendengar yang setia.Ada cerita yang melucukan, dan ada juga kisah yang mengundang duka sehingga mengalir air mata.Namun, menulis dan bercerita memerlukan masa. Kini, masa seolah-olah menghambat aku. Entah mengapa?? ?Aku pun tidak pasti …Tapi yang pasti,masa yang dirasakan begitu pantas berlalu merupakan antara tanda-tanda kecil hari kiamat…
Dengan adanya blog ini, aku harap kisah-kisah kehidupan dapat aku kongsikan bersama…sebagai iktibar mahupun sekadar menghiburkan hati.Jadi, tidaklah cerita-cerita itu berkubur begitu sahaja…Memandangkan aku seorang ibu dan seorang guru, mungkin banyak juga cerita yang berkisar tentang keibuan dan keguruan yang akan kukongsikan di sini…Mudah-mudahan ada manfaatnya. Mudah-mudahan dapat mencetuskan sesuatu yang bermakna dalam puing-puing kehidupan ini…
p/s: Masa itu lebih mahal daripada emas!!
5 Ulasan
Mabruk sahabati...
BalasPadamSelamat berblogging. All the best dear...
jazakillah dik...
BalasPadambaru nak belajar-belajar je nih... apa pun, terima kasih :)
marya..ada bakat menulis..heheheh best of luck...walaupun muda dari cik atie..tapi ebagai guru yang berhadapan dengan ribuan kerenah ia lebih mematangkan kita dan mengenal erti hidup.
BalasPadamSalam K Su,
BalasPadamLia support akak always.. :)
cik atie, inilah namanya bakat 'terendam' :)memang benar, pengalaman bisa mematangkan insan jika mahu belajar daripadanya....
BalasPadamlia, terima kasih atas sokongan... enjoy reading ya!
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)