السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Sejahtera buat semua....
Sejak dua tahun lalu, aku mula terlibat dengan program-program anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.Aku rasa bersyukur dan beruntung kerana mindaku agak berkembang kerana dapat berjumpa dan bergaul dengan orang-orang yang hebat dalam dunia pendidikan.Selain dapat berjumpa dengan Guru JUSA C Pendidikan Islam ,Tn. Hj. Shamsuddin dan Guru Cemerlang dari serata negeri, aku juga berpeluang bertemu dengan Ust. Zamri , penulis buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5. Aku dapati beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama. Jika ada persoalan berkaitan hukum- hakam terutama yang ada dalam silibus, aku pasti akan merujuk kepadanya.
Foto kenangan bersama rakan guru dan Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM |
Dalam satu perbincangan yang panjang, timbul satu isu bilamana ada seorang makcik yang sudah berumur 50 tahun yang masih tidak tahu cara untuk mandi wajib.Sadis.
Lalu Ustaz Zamri pun bercerita kisah anaknya tentang pengajaran dan pembelajaran bab mandi wajib.Menurut anaknya , dia lebih faham bab mandi wajib ini setelah diajar oleh ustazah di sekolah agama ABIM. Sekolah kebangsaan?
“Sekolah pagi faham sikit-sikit je sebab ustazah ajar sikit-sikit.Tak macam sekolah agama.”
“Kenapa, sekolah agama ajar macam mana?”Tanya si bapa.
“Kat sekolah agama tu, ustazah buat betul-betul. Kawan jadi model. Ustazah bawa ke surau dan tunjukkan macam mana nak mandi wajib.”
Nah, rakan guru sekalian. Nampaknya, amali sangat berkesan dalam menyampaikan sesuatu ilmu. Alangkah cantiknya jika teori seiring dengan amali. Baharulah ilmu itu sempurna malah mudah pula dikuasai.
Selesai program selama 3 hari 2 malam itu, aku mula merancang amali mandi wajib untuk anak-anak murid di sekolahku. Aku mahu cuba kaedah tunjuk cara ini.Pasti menarik.
Di sekolah, masing-masing teruja kerana nak belajar cara mandi wajib. Ramai juga yang sukarela nak jadi model,mungkin kerana kebetulan cuaca minggu itu panas terik. Alangkah segarnya jika dapat mandi di sekolah.(Aku mengajar sesi petang).Akhirnya , aku memilih Fadhli dari Tingkatan 2B sebagai model untuk amali kali ini.
Sabun dan syampu aku bawa, selebihnya Fadhli membawa peralatannya sendiri seperti tuala dan pakaian.Berkali-kali dia bertanya apa yang perlu dibawa. Dia teruja. Malamnya, dia bertanya lagi menerusi Facebook. Ibunya juga sudah maklum dan menyiapkan keperluan si anak. Aku risau juga, maklumlah ini kali pertama nak ‘mandikan’ murid. Mereka pula semuanya lelaki. Namun, aku berniat baik. Aku berdoa semoga urusanku Allah permudahkan.
Aku memilih di koridor tepi tandas kerana surau kami kecil dan tidak sesuai untuk aktiviti ini. Esoknya, aku telah melaksanakan apa yang aku rancang dengan lancar tanpa sebarang masalah.Malah, ramai pula yang menjadi murid baharuku hari itu. Makcik kantin dan semua pekerjanya berhimpun untuk melihat aku mengajar .Kaedah tunjuk cara itu memang berkesan.
Sesi amali mandi wajib |
Walau di mana pun, mereka tetap gembira menuntut ilmu |
Selesai semuanya, murid-muridku berkata: “Laaa… senang je mandi wajib… ingatkan susah…” Mereka gembira dan ceria. Aku?
Pastinya aku lebih gembira kerana objektifku tercapai! Semoga kalian beramal dengan ilmu yang ustazah curahkan…… :)
p/s:....ajar sikit faham sikit...
7 Ulasan
bagusnya sahabatku ini... sy plak dah tak boleh mengajar...ilmu stakat nie shj...tiada kepakaran dah...
BalasPadammana gambar sy nie ustazah? opps lupa sy balik awal, ada meeting pg khamis tue..insya Allah jumpa lg, tp susah sikitlah lepas nie...
BalasPadamBahagian lain, tp terkilan sebab x dpt ke BPK sy nie hehehehe
ustaz lagi banyak kemahiran lain...bukan calang-calang punya kemahiran pulak tu. saya hanya pelbagaikan aktiviti PnP , jadi murid-murid taklah bosan belajar agama.....memang hari tu ustaz balik awal. takpe, banyak cerita lagi , so tunggu next post ya...
BalasPadamSalam M... Seronok baca blog nih..Ex-classmate ;)
BalasPadamSalam Fit..
BalasPadamTerima kasih sudi bertamu...
Saja M berkongsi cerita hidup yang warna-warni...:)
..makin seronok baca blog cikma.. eheheh ;)
BalasPadamThank you Pak Uda...
BalasPadamKalau seronok follow ye... ;)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)