Ad Code

Responsive Advertisement

Solat Sebagai Terapi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....


Sudah berapa lamakah kita  mula tekun menunaikan solat? 1 tahun? 5 tahun? 10 tahun?Atau lebih??


 Bagaimana solat-solat yang kita dirikan itu, adakah menjadikan diri kita  lebih dekat dengan Allah SWT, atau sebaliknya??

Solat yang sempurna mampu memacu jati diri insan mulia

Baru-baru ini, aku mendengar slot motivasi pagi yang disampaikan oleh Dr. Azhar b. Hj. Sarif. Beliau menyentuh bab solat. Katanya, solat itu ibarat kita ber'dating' dengan Allah. Cuba bayangkan saat-saat ber'dating' dengan kekasih, tentunya tidak mahu cepat-cepat berakhir, tentunya bercakap sopan-santun, dan macam-macam lagi perkara yang baik-baik  yang kita amalkan sewaktu ber'dating'. Namun , bagaimana halnya ketika kita sedang ber'dating' dengan Allah, yang mencipta kita??

Antara inti pati yang dapat aku ambil daripada Dr. Azhar ialah:
  1. Bermula dengan wuduk, jangan tergesa-gesa.Gosok anggota wuduk, usah hanya disirami air sahaja.Gosokan air ke kulit merupakan satu terapi air, yang dipanggil terapi hidroelektrik . Kesannya, tubuh akan menjadi segar semulajadi.
  2. Sewaktu berwuduk tadi, gelombang alpha (tenang) ada pada diri kita.Kekalkan gelombang ini dengan melangkah ke tempat solat dengan tenang. Jangan berjalan cepat apatah lagi berlari-lari.
  3. Berdiri di atas sejadah, tarik nafas 3 kali , baharulah kita lafazkan niat solat.
  4. Pastikan setiap pergerakan kita , mulai dengan tarik nafas 3 kali. Contohnya, sesudah membaca surah lazim,bernafas 3 kali, baharulah kita ruku'.Dan begitulah seterusnya. Maka, diri kita akan tenang sepanjang menunaikan solat.
Solat yang tenang, akan meransang minda kita untuk lebih senang menjalankan rutin seharian. Eloklah kita menunaikan solat terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja yang berat, kerana solat yang tenang sebelumnya akan membantu kita menyudahkan tugas dengan sempurna.

Oleh yang demikian, apa kata sebagai permulaannya, nota 1 dan nota 2 kita terus amalkan. Jadi, elakkan solat di hujung waktu supaya kita tidak tergesa-gesa untuk cepat solat.

Bagi nota 3 dan nota 4 pula, sebagai latihan permulaan, kita  tarik nafas 1 kali sahaja sebelum memulakan setiap pergerakan yang baharu. Tarik nafas dalam yang tenang. Kemungkinan tarik nafas 3 kali membuatkan kita lagi banyak berangan dalam solat, maka, ada baiknya  kita cuba dengan kiraan yang mudah dahulu.

Rakan-rakan pembaca yang dikasihi sekalian, inilah namanya terapi solat dalam hidup mukmin.Tidak perlu belanja, cuma bermodalkan keikhlasan dan ketekunan sahaja.

Cubalah, anda pasti akan merasai nikmat solat!

p/s:... sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat

Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bagus...
    cuba tgk blog http://pasakeedah.blogspot.com dari prof dr mohd arif kasmo, hebat kalau boleh pgl ceramah berkaitan alQuran sbg mukjizat dgn details of info

    BalasPadam
  2. terima kasih ustaz. JPN dah panggil Dr. Arif bagi ceramah . Memang menakjubkan...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu