السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......
Salam sejahtera buat semua…..
Hujung bulan lalu, aku menerima SMS daripada seseorang yang tidak kukenali.
Mesej itu berbunyi : “Ustazah, saya nak ucapkan terima kasih kepada ustazah , sebab memberi sumbangan kepada kakak saudara saya ,mak Muhammad.Semalam mak dia call saya sambil menangis tanda bersyukur sebab sumbangan yang ustazah beri.Kebetulan Muhammad dan adik-adiknya dah beberapa hari tak makan.Sumbangan yang ustazah beri tu dapatlah mak dia beli beras, gula serta barang dapur yang tak ada.”
Betapa berharganya segenggam beras ini... |
Aku membaca SMS itu berulang kali. Bukan tak percaya tetapi aku rasa susah hati. Rupa-rupanya anak muridku itu sudah berlapar berhari-hari tanpa kuketahui.Aku rasa sedih dan sesal di dalam hati.
Sehari sebelumnya, aku telah menziarahi Muhammad di rumahnya . Aku pergi bersama guru tingkatannya dengan tujuan dapatlah kami melihat sendiri status murid ini.Muhammad sudah hampir sebulan tidak ke sekolah kerana cuti sakit.Tangannya patah. Perutnya sakit.Ah, malang sungguh nasib anak ini.
Kisahnya, ibu Muhammad merupakan ibu tunggal. Setelah bercerai, ayahnya berhijrah ke negeri lain, meninggalkan ibu Muhammad sendirian membesarkan anak-anak yang masih kecil. Tanpa bantuan sesiapa, ibunya gagah mengharungi kehidupan sendirian.
Aku termenung panjang.
Oh ayah, sampainya hatimu. Kami kelaparan tanpa makanan.Kami bermain supaya lupa perut yang kosong. Tanggungjawab dan amanahmu, beban kami. Kami ingin ke sekolah, tetapi kami sakit.Buku kami perlukan, tetapi tiada duit. Jenguklah kami , kasihanilah kami ayah…..
Mataku berkaca. Dadaku sebak. Aku mengesat air mata yang menitis bersama kuntuman doa, moga-moga Allah yang Maha Penyayang sentiasa memelihara Muhammad sekeluarga…..Amin ya Allah.
p/s: …..tanggungjawab dan amanah, pasti dipersoal Allah kelak
8 Ulasan
Salam K Su.. Tersentuh hati Lia baca entri akak kali ni.. Sungguh kita merasakan diri kita serba kekurangan, rupanya ada lagi yang sengsara tidak makan... Insaf diri...
BalasPadamWa'alaikumussalam Lia...
BalasPadamKasih untuk Lia sebab singgah blog K.Su...Sememangnya kita sering merasakan diri serba kekurangan. Namun, apabila meneroka keadaan sekeliling, baharulah kita sedar dan insaf, banyak benar nikmat Allah yang kita nafikan tanpa sedar....
kesian ada lagi rupanya org yg susah dikawasan bandar ni.....cikgu kena selalu perihatin .....mana bole bantu kan?
BalasPadammemang kesian sangat... budaknya baik, hormat guru dan ibunya. bila dia susah, besar hati kita nak bantu.. wah, macam wakil rakyat la pulak... :)
BalasPadamsemuanye best la saye dh baca semua blog ustazah memang tebaik
BalasPadamterima kasih hazrin... ustazah harap sama-samalah kita ambil pengajaran daripada kisah yang tercoret...
BalasPadamtakkan semua guru nak kene alert dgn keadaan masyarakat sekeliling, semua orang Islam, sebab tue Islam menitikberatkan banyak perkaram dari sekecil2 perkara sehingga pentadbiran negara.
BalasPadamHatta bila kita nak makan durian pun, kita perlu jaga supaya bau durian tadi tak sampai ke rumah jiran, bimbang akan menggugat keamanan jiran, itu contoh shj.
tp t/jwb pemimpin perlu turun padang, pengetua perlu mencari murid2 yg bermasalah, semua terlibat jangan cikgu2 shj...
Sangat setuju dengan UPI PPD Gombak... hal ini walaupun nampak remeh dan kecil, tetapi pemimpin perlu menjalankan amanah dengan telus. Contohilah kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab.Utamakan rakyat tanpa mementingkan diri sendiri.
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)