السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......
Salam sejahtera buat semua…..
Kelmarin , aku menerima sebakul buah atau dipanggil fruit basket pertama dalam hidup setelah memberi ceramah.Selalunya aku menerima wang tunai mahupun cek. Kali ini, aku rasa macam VIP pula kerana selalu aku lihat VIP yang merasmikan majlis sahaja menerima fruit basket :)
Terus aku teringat cerita yang ditulis oleh makcikku tentang hadiah suami kepadanya dalam Three and Six dalam blognya : http://purelove-atielense.blogspot.com. Ceritanya kelakar, hingga buat aku tersenyum dan ketawa gelihati.
Sebenarnya, apabila aku membuat aktiviti di sekolah sendiri, aku tidak pernah mengharapkan apa-apa ganjaran. Tidak-tidak pun, cukuplah sekadar sekeping sijil sebagai tanda kenangan.Apabila dihargai sebegini rupa, besar sungguh hatiku dan aku sendiri sangat menghargai penghargaan ini.Apapun, aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan….Alhamdulillah….
Kepada team urusetia Kem Kawad Kaki Unit Badan Beruniform , En. Kamal Ariffin dan anak-anak buahnya, terima kasih ya….
p/s: .. bersyukur kena selalu…
2 Ulasan
buah durian ada tak?
BalasPadamtak ada lah cik atie....
BalasPadamnak makan durian kena beli sendiri le nampaknya... ;)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)