السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua…
Wah, wah, sibuk nampaknya? Sejak hujung Mac hingga April ini, jadualku agak padat. Aku sibuk menghadiri aktiviti dan program yang berkaitan dengan Pendidikan Islam, baik di peringkat kebangsaan, negeri, zon mahupun di peringkat sekolah. Aku kira, rakan-rakan guru yang lain pun menghadapi situasi yang sama. Kesibukan yang tiada noktah.
Dalam keadaan kesibukan yang menghambat, kita sebagai seorang guru adakalanya terlepas pandang tentang satu perkara .
Apabila kita ralit menyiapkan minit mesyuarat, kita ketepikannya.Apabila kita keluar masuk mesyuarat, kita tangguhkannya. Apabila kita sibuk bertugas di ‘luar kawasan’ , kita lupakannya.Apabila kita kalut menutup buku kehadiran murid setiap hujung bulan, kita abaikannya.Melihatnya bertimbun-timbun di atas meja, kita mengeluh. Pendek kata, perkara yang satu itu seperti bukan perkara utama dalam agenda hidup seorang guru.
Apakah perkara itu agaknya??
Banyaknya nak kena tanda..... |
Ya……menanda buku murid! Latihan yang diberi wajib ditanda. Biasanya seorang murid mempunyai lebih kurang empat atau lima buah buku latihan bagi satu subjek teras. Ada guru yang merasa terbeban apabila perlu mengajar lebih daripada tiga kelas kerana lagi banyak kelas, lagi banyaklah buku yang perlu ditanda. Lebih terbeban lagi apabila buku-buku yang banyak dan berat itu perlu dibawa balik ke bilik guru di rumah untuk menyempurnakan penandaan.Mahu tidak mahu , kita yang telah bersetuju untuk menjadi seorang guru, itulah hakikat yang perlu kita hadapi. Bukan terpaksa, tetapi itulah pilihan! Kita telah memilih, maka buatlah yang terbaik.
Di sini aku ingin berkongsi beberapa info tentang penandaan buku yang baik. Antaranya ialah:
- Pastikan buku ditanda dalam tempoh seminggu setelah latihan diberi. Contohnya, murid membuat latihan pada 12 Mac 2011. Oleh itu, pastikan kita menanda buku tersebut sebelum 19 Mac 2011.
- Perhatikan ejaan dan jawapan murid betul. Baharulah kita tandakan betul.
- Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap jawapan yang salah.
- Label kulit buku.Contoh: ج untuk buku Jawi. لا1 untuk Latihan 1
- Selain menurunkan tandatangan dan tarikh, tulis komen yang positif. Antara komen yang baik ialah:
*Baik.
*Teruskan usaha anda, Maryati.(lagi baik tulis nama murid itu , baru touching)
*Usaha lagi.
*Usaha tangga kejayaan.
*Nurul, pastikan ejaan betul.
*Tulislah dengan kemas, Kamil.
*Hafiz, lengkapkan nota anda.
- Elakkan komen negatif. Antara komen yang sangat perlu dielakkan ialah:
*Jangan malas!
*Jangan meniru!
*Tulisan awak buruk!
*Tidak lengkap
- Jika seseorang murid itu menghantar buku dalam keadaan latihannya yang sangat kritikal , yang bisa menaikkan darah kita, tulis sahaja: Amir, sila jumpa cikgu.
Komen yang negatif tentu menambah rasa duka dan membunuh semangat dalam jiwa.
Aku mula mengumpul pen merahku yang kehabisan dakwat sejak Julai 2010 |
Jika anda bercita-cita menjadi seorang Guru Cemerlang, pastikan penandaan buku menjadi agenda utama dalam hidup kerjaya anda kerana pihak nazir akan membelek setiap helai buku murid anda sepertimana anda membelek jerawat yang tiba-tiba tumbuh di wajah!
p/s: beli pen merah yang 'best' supaya seronok menanda...
4 Ulasan
dah tahu dh happy besday nk bg ape. pen merah. pen merah pen biru, u marah i syg u. hehehhe
BalasPadamhahaha... tau tak pe....
BalasPadambagi yang macam dalam gambar tu dik. hihih
(lebih-lebih la pulak...)
akmar:hahahah,akak bagi tedy bear lagi bagus.
BalasPadamsaye bagi pen merah, biru dan hitam
hahaha ...bagus juga idea hazrin tu, kakak akmar...
BalasPadamtengok tu, sampai 3 batang pen dia nak bagi ustazah... susah-susah aje... :)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)