Ad Code

Responsive Advertisement

Apabila Dia Mula Berbohong...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Siakap senohong, gelama ikan duri                                 
     Bercakap bohong, lama-lama mencuri.


Pernahkah anak-anak anda berbohong?
Pernahkan anda terfikir kenapa anak-anak mula berbohong?

Anak-anak berbohong mungkin berpunca daripada kita.

Hari 1:
"Mama, Matematik angah dapat 50%."
"Laaa.. kenapa 50 je? Tu lah, main sahaja. Buat latihan malas!"

Hari 2:
"Papa, Bahasa Malaysia angah dapat 87%..."
"Wah, A tu. Bagus anak papa. Nanti papa bawa jalan-jalan ok!"

Hari 3:
"Mama, tadi angah tolong kawan. Duit dia hilang, jadi angah kongsi makanan dengan dia."
"Bagus anak mama, mesti Allah sayang..."

Hari 4:
"Mama, duit angah hilang kat sekolah tadi..."
"Angah letak kat mana? Kan mama dah pesan simpan baik-baik!Duit sendiri pun tak boleh jaga!"

Hari 5:
"Mama, kat sekolah tadi angah jatuh.. sakit..."
"Rasakan! Lari-lari je, mata letak kat mana?!"

Cuba anda fikirkan. Apakah kesimpulan yang anak-anak mentah ini dapat daripada pengalaman hidupnya selama 5 hari itu?
  1. Kalau beritahu benda baik, mak dan ayah sayang dan puji
  2. Kalau beritahu benda buruk, mak dan ayah akan marah-marah.
  3. Orang dewasa hanya suka dengar perkara yang baik-baik sahaja.
  4. Orang  dewasa tidak suka mendengar perkara yang buruk-buruk.
  5. Aku tak suka kena marah. Jadi aku takkan beritahu perkara yang buruk.
Maka, dengan kesimpulan sebegitu rupa, anak-anak akan terdorong untuk membohongi ibu bapa.

Sebenarnya, anak mahu rasa disayangi. Mahu rasa dihargai. Dan mahu rasa selamat daripada kemarahan yang mungkin juga menyebabkan dirinya dipukul atau didenda.

Dengan berbohong, dan merahsiakan keburukan yang telah terjadi, anak akan rasa lega kerana yang dia tahu, orang dewasa hanya mahu dengar yang baik-baik sahaja.

Sekiranya hal ini berterusan, musibah akan melanda keluarga. Pembohongan demi pembohongan akan berterusan. Jadi, di manakah dapat kita cari lagi sebuah kejujuran??

p/s: ..kena belajar lagi untuk fahami jiwa anak-anak...

                                 
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu