السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Minggu lepas, aku terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya. Kisahnya mengundang rasa kesal dan sesal, masakan tidak kerana menurut wanita ini seluruh hidupnya bertumpu hanya untuk keluarga.Namun, panas yang disangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari.
Beliau mempunyai kerjaya yang lebih stabil berbanding suaminya(ketika itu). Kerja-kerja mengurus rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah, menguruskan anak-anak, pakaian hatta perbelanjaan rumah pun beliau yang banyak menyumbang kerana berpendapatan lebih.
Sebaliknya, si suami sempat pula bermain mata dengan perempuan lain hingga ke tahap melanggar syara'.Setelah dikoreksi, si suami memberitahunya, walaupun semua hal rumahtangga 'tip top', tetapi si isteri telah menjadikan dirinya 'top tip'.Maknanya??
Tidak sempat menghias diri di rumah, badan berbau, kulit kasar, perut tebal , cepat keletihan, 'tak perform' dan macam-macam alasan negatif yang si suami berikan, sehingga menyebabkan dia mencari 'yang lain'.
Umum menyalahkan si suami kerana tidak mengenang jasa isteri, mengambil kesempatan dan mengikut hawa nafsu. Tetapi, mari kita fikir sejenak.
Menurut Dr. John Gray , penulis buku 'Men from Mars,Women from Venus,lelaki ibarat pemburu.Bermacam-macam strategi yang dipasang demi mencapai impiannya. Sesudah berjaya, sang pemburu akan puas dan bersandar menghilangkan lelahnya.Kerana itulah, setelah berkahwin, lelaki jarang lagi memuji-muji isterinya kerana wanita yang menjadi buruannya sudah berada dalam genggaman dan menjadi isteri yang sah.
Namun, suami sebagai lelaki akan terus memburu. Apakah yang akan diburunya selepas ini? Adakah wanita lain?Adakah ingin mencapai kejayaan dalam kerjaya? Memiliki rumah atau kenderaan yang lebih baik?Semuanya bergantung pada iman dan rasa tanggungjawab si suami itu sendiri.
Adakalanya, isteri hanya melihat kepada keperluan fizikal rumahtangga sahaja.Sibuk benar malah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan sehingga mengabaikan diri sendiri. Apabila suami berkeinginan, isteri sudah kepenatan dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya bagi seorang isteri.
Rakan pembaca sekalian,sebagai seorang isteri dan ibu, semestinya kita perlu bijak mengimbangi semuanya. Kenalpasti yang mana tanggungjawab dan yang mana perkara 'harus'. Walaupun suami tidak pernah komen tantang penampilan diri, kita kena sedar sendiri.
Untuk kelihatan cantik dan sihat, isteri perlu rajin. Suami pula hendaklah menyokong jika isteri ingin membeli pakaian cantik-cantik untuk dipakai ketika di rumah. Laburkan sedikit wang untuk isteri , jika dia mahu ke salun rawatan muka atau ke salun kecantikan diri atau membeli suplemen kesihatan yang berkualiti. Sekurang-kurangnya dapat juga isteri memanjakan diri dan menghargai diri sendiri....Sekurang-kurangnya walau tidak secantik Dato' Siti, wajah isteri tetap berseri-seri!
p/s: .. peringatan untuk diri sendiri juga....
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)