السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Bulan lalu, saya telah membaca catatan Wardina tentang pengalamannya dalam mengajar anaknya, Amna menunaikan solat.(boleh cari dalam google bagi sesiapa yang belum membacanya)
Seketika, saya jadi malu dan insaf.
Malu kerana saya sendiri sebagai seorang yang berpendidikan agama, masih belum mula mengajar anak saya, Mawaddah , menunaikan solat.
Insaf kerana, saya akui, hidayah Allah terang sahaja kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Ramai kenalan saya yang membaca catatan Wardina itu turut tertampar tanpa sengaja. Tak kurang ada yang mengalirkan air mata kerana sendu hati yang entah kenapa.
Namun, cukupkah hanya malu, insaf, tertampar dan menangis??
Saya mula memasang cita-cita, lalu berkongsi impian dengan suami dan anak. Biar mereka tahu apa yang saya mahu. Sekurang-kurangnya bak kata orang: Better late than never.
Cuti sekolah ini, saya teruskan usaha. Mula mengajar dan mengajak anak yang seorang itu menunaikan solat. Mula dengan serius , bukan drastik. Mula dengan hemah, bukan paksaan.Biar tumbuh cinta kepada Allah yang mencipta.
Anak solehah ,suci hatinya, bersih wajahnya.... |
Anak Wardina mampu menunaikan solat dengan sendiri ketika berumur 7 tahun. Oleh kerana lewat memulakan, saya beri peluang pada diri dan anak , hingga tahun hadapan, ketika usianya 8 tahun. Mudah-mudahan , cita-cita ini Allah berkati. Biar umurnya 10 tahun nanti tidak perlu dirotan seperti sabda Nabi junjungan.
Buat teman-teman pembaca budiman... Solat itu tiang agama. Mari kita mula tegakkan tiang itu bersama-sama si kecil yang suci tanpa noda dan dosa...
p/s:... hidayah Allah siapa yang tahu??
4 Ulasan
insyallah maria....insyallah cik atie mengambil masa yang agak lama terutama solat subuh alhamdulliah kena sabar skang..diorg siap sekolah dah solat subuh tanpa disuruh tapi cik atie tetap ingatkan sebab mereka mmg mudah lupa....
BalasPadamsyukurlah cik atie dah bermula.. dan dah nampak hasil pun. alah, sedangkan orang dewasa pun perlukan peringatan, apatah lagi anak-anak. Maria baru mula langkah satu, ajar wuduk dan solat Zohor, Asar dan Maghrib....slow-slow..
BalasPadaminsyaa allah...cik ma...aku pun masih ajar eihab patuh waktu solat...setkat ni hanya isyak sahaja dia tak solat...sbb waktu utk dia tidur....
BalasPadamitu lah, pakat-pakat kita ajar anak solat sejak kecil.. mudah-mudahan dapat kita bentuk generasi yang taat kepada Allah... amin...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)