السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....
"Aik, dah besar pun masih bersuap?" Tegur seorang makcik.Mawaddah tersengih-sengih.
"Sorang , makcik.. bolehlah layan lagi... ," jawabku berbahasa sambil tersenyum.
Sebenarnya, ada cerita di sebalik amalan suap-menyuap ini. Biarku nukilkan buat tatapan kalian ceramah yang pernah kudengar daripada seorang pensyarah lima tahun dahulu......Kisahnya begini:
------------
Pada suatu hari, saya ke majlis kenduri kahwin. Saya melihat seorang lelaki sedang mengambil makanan sehingga membukiti pinggannya. Nasi, ayam berketul-ketul dan sayur memenuhi pinggannya. Saya tertanya-tanya, adakah dia sudah berhari-hari tidak makan? Terus saya memerhatikannya.
Apabila dia duduk, saya lihat ada empat orang kanak-kanak mengelilinginya. Yang paling besar, kira-kira berumur 12 tahun dan yang paling kecil, lebih kurang setahun umurnya. Lelaki tadi menyuap kesemua kana-kanak itu sehinggalah habis semua makanan yang diceduknya tadi. Selepas itu, semua kanak-kanak tadi pergi bermain.
Saya terus memerhati. Lelaki tadi bangun dan mengambil makanan. Untuknya sendiri barangkali.Sah. Memang untuk dirinya. Saya mengambil kesempatan untuk mendekatinya.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Saya bersuara setelah salam saya disahut.
"Selalukah encik menyuap kanak-kanak?" Saya bertanya.
"Oh.. itu anak-anak saya..." Lelaki itu menjawab." Saya bekerja jauh di Singapura. Kadang-kadang sahaja saya dapat balik.Tak menentu. Bapa saya berpesan, kalau berpeluang, selalu-selalulah suap anak-anak.. biar dia rasa air tangan kita... baru anak tak nakal....," sambung lelaki tadi.
Saya terpegun. "Jadi, encik rasa ada apa-apa kesan tak?" Saya bertanya.
"Alhamdulillah.. sudah lebih kurang setahun saya amalkan, nampak ada kesan... Isteri saya tak lagi merungut tentang anak-anak apabila saya di Singapura. Semuanya mendengar kata ibunya walaupun saya tiada." Terang lelaki itu.
----------------
Sejak aku mendengar kisah itu, aku selalu menyuap anakku apabila berkesempatan dan apabila aku rajin. Biarlah apa pun sangkaan orang lain, masing-masing ada persepsi dan pendirian diri sendiri asalkan perkara yang kita lakukan itu tidak bertentangan dengan syariat.
Air tangan dengan rahsianya tersendiri.... |
Adakalanya, air tanganlah yang membuatkan si suami terkenangkan isteri.
Adakalanya, air tanganlah yang memanggil si anak pulang untuk bertemu ibu.
Jika suami memakan masakan daripada air tangan si isteri, sayanglah hendaknya.
Jika suami menyuap isteri, tentu pula si isteri mendengar kata, bertambah-tambahlah harmoni keluarga!
p/s: Ibu suap anak , bila pula suami nak suap isteri ?? ;)
2 Ulasan
betul setuju..tapi bab menyuap ni cik remy mmg rajin heheheheh tapi bila baca ni kena tingkatkan lagi amalan tu....
BalasPadamcuma yang penting jangan dimakan sisa anak.. ustaz kata nanti anak melawan ... ada hadis tapi masih belum jumpa lagi...so kena ceduk sikit2 dulu la... selama ini rasa sayang membazir,makan je baki yang tak habis. jadi sebab tak berkesan walaupun anak disuap....
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)