السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....
Hari ini anakandaku menyambut Hari Guru di sekolahnya. Walaupun demam, kuat juga semangatnya untuk ke sekolah. Aku juga menggalakkan dia pergi demi sebuah pengalaman menyambut Hari Guru di sekolah kebangsaan. Maklumlah, setahun hanya sekali.Tentu ada persembahan dan lain-lain acara yang menghiburkan.Semalam, jenuh aku membalut hadiah untuk semua guru yang mengajar Mawaddah.Aku ingin menerapkan nilai menghargai jasa guru kepada Mawaddah sejak kecil lagi.Aku berharap tiada yang tertinggal dan semoga mereka gembira menerima hadiah daripada Mawaddah.
Hadiah untuk guru-guru Mawaddah |
Bagi diriku , apa-apa sahaja yang diberi oleh murid, semuanya bermakna.Yang penting, tanda ingatan mereka terhadap kita.
Sebagai guru, banyak kepuasan yang dapat dinikmati jika seseorang murid itu mendengar kata, berakhlak mulia dan tekun belajar.
Aku mengajar di sekolah satu gender , iaitu lelaki sahaja. Mendidik anak-anak lelaki , yang hidup di tengah-tengah kesibukan kota memang mencabar dan menduga iman.Sungguhpun begitu, aku bersyukur kerana anak-anak didikku masih boleh dan mudah dibentuk.Aku berdoa semoga mereka semua menjadi insan hebat yang dapat berdikari dan membalas jasa ibu dan ayah mereka suatu hari nanti.
Tingkahlaku mereka adakalanya tidak terduga.Mencuit hati dan naluriku sebagai seorang guru.Kepuasan jiwa di lubuk hati paling dalam.Lihat sahaja foto-foto di bawah. Sejuk perut mama mengandung!Sejuk pula jiwaku yang mengajar mereka!
Mentaati perintah Allah... |
Tekun belajar... |
Menumpukan perhatian... |
Mengikut arahan guru... (aktiviti luar bilik darjah,teknik gosokan(Seni)- bukan denda tau..) |
Seronok belajar.... |
Membantuku mengangkat beg ke dalam kereta... dan menjaga keselamatan hartaku |
Bijak menggunakan kemudahan... |
Ringan tulang... |
DAN JUGA....
Pandai menjaga keselamatan harta mereka... :) |
p/s: Ustazah/ Cikgu sayang kamu semua......
2 Ulasan
susah jgak ada 2 title, sekejap ustazah sekejap cikgu hehehe apa2 pun u are the best...
BalasPadamKena belajar redha , tuan.Nama je GC PI ,tapi ajar subjek BM dan P.Seni sama banyak .... ustazah boleh, cikgu pun boleh... :)
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)