Ad Code

Responsive Advertisement

Usah Berubah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Sambutan Hari Ibu baharu sahaja berlalu. Ramai di antara kita yang menjadi ibu pastinya girang apabila menerima kad-kad ucapan dan hadiah daripada anak-anak. Terubat sedikit hati kita apabila dihargai sedemikian rupa. Hilang sebentar lelah tatkala menerima kucupan dan pelukan anak-anak.

Sudah besar rupanya anak-anak kita.Kian remaja dan dewasa.Namun, ibu tetap ibu, anak tetap anak.


Mari kita imbau kenangan semasa anak-anak kita kecil dahulu.

Mulanya dia merangkak. Kemudian bertatih. Menapak selangkah dua lalu terjatuh. Kita suami isteri ketawa dan gembira. Lucu melihat gelagatnya.Ketika itu, kita tidak marah kerana kita dapat lihat itulah tahap-tahap pencapaian  anak yang hendak membesar.Terkadang dia jatuh terduduk. Tersembam ke lantai. Cepat-cepat kita bantu dan legakannya.Mendamaikan.Anak rasa disayangi dan rasa selamat.

Anak -anak permata hati...

Apabila anak mula bersekolah, dia sudah mahir berjalan dan tidak jatuh lagi. Dia berbasikal pula,namun adakalanya dia terjatuh.Lihat apa reaksi kita sekarang?

"Tu lah, bawak lagi laju-laju. Kan dah jatuh?!"

"Tengok! Dah koyak lutut seluar tu!"

Kalaulah anak kita masih ingat tawa riang ibu dan ayahnya sewaktu dia terjatuh ketika mula-mula berjalan dahulu, sudah tentu anak itu mahu kembali ke zaman bayinya dahulu. Mahu dipeluk dan dimanja. 

Kita mengatakan anak semakin degil. Anak tak dengar kata. Macam-macam yang kita rungutkan.

Hakikatnya, siapakah yang berubah, sedangkan ibu tetap ibu dan anak tetap anak?

p/s: ....sayangilah anak-anak sementara Allah pinjamkannya kepada kita......



Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu