السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...
Sempena Hari Ibu baru-baru ni, aku telah menerima kad ucapan dan hadiah daripada anakku, Nurul Mawaddah. Hampir setiap hari dia bercerita tentang hadiah yang ingin diberikan kepadaku pada Hari Ibu nanti.
"Ummi, Mawaddah ada hadiah special untuk ummi tau.."Dia tersengih-sengih.
"Apa dia?"Saja aku mengumpan.
"Eh, mana boleh bagitahu, walaupun seringgit, special tau..."
Aku tersenyum sahaja. Gelihati pun ada.
Kad ucapan dan jam pasir daripada Mawaddah |
Rupanya yang RM1 itu kad ucapan. Yang jam pasir pula RM4. Dia beli di sekolah ....
"Banyaknya duit Mawaddah?"Soalku.
"Mawaddah simpan duit belanja yang abah bagi...."jawabnya bersahaja.
Apakah yang ditulis oleh Mawaddah dalam kad ucapan itu?
Aha.. ucapan sebelah kiri kira standard la, memang ada dalam kad tu. Yang sebelah kanan tu, hui, penat juga aku nak baca sampai habis.
Mula-mula dia menyanyi. Lepas tu dia 'bagi ceramah' pula.Heheheh.... ada bakat.....
Mawaddah oh Mawaddah....
Sayangggg ummi!!
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)