السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Setelah seminggu berpuasa, baharulah aku berkesempatan mengunjungi Bazar Ramadhan di Dataran Prima Saujana. Masya-Allah... inilah pertama kali aku tengok Bazar Ramadhan yang memang happening, sampai kita naik pening ! Bukan setakat murtabak dan otak-otak, malah kambing golek, nasi briani yang macam-macam versi dan western food pun ada.
Pelbagai pilihan dan citarasa... |
Isu yang sering timbul ialah berkenaan Bazar Ramadhan yang banyak memberi impak negatif dalam ibadat puasa umat Islam di Malaysia. Namun, bagiku Bazar Ramadhan yang memang sinonim dengan bulan Ramadhan di Malaysia tiada salahnya. Cuma , ada dua persoalan yang harus diteliti dan diambil berat iaitu:
- Kita sebagai pembeli usahlah 'haloba' sangat .. pastikan dari rumah kita sudah terfikir apakah juadah yang ingin dibeli serta kuantitinya. Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.
- Peniaga Bazar Ramadhan itu ingin mencari rezeki, buat belanja beli baju anak-anak di musim perayaan, namun pastikan ibadat puasa dan solat usah terabai....barulah usaha kita berkat!
Kelmarin, dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, hosnya membaca serangkap pantun tentang kawal diri ketika berbuka puasa di permulaan rancangan. Namun, tidak semena-mena, di tengah-tengah slot, ada pula promosi bufet di hotel terkemuka. Sungguh tidak beriringan....Cuak juga hatiku.
Semalam di Kenya, seorang bapa meratapi anaknya yang mati kebulurun.Oleh itu, setiap hari, didiklah diri dan anak-anak kita supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.
Aku teringat kisah seorang pembantu rumah kakak iparku satu masa dahulu. Berasal dari Jawa Timur, Ulfa namanya. Berumur dalam lingkungan belasan tahun. Ahli keluarganya seramai 8 orang, berkongsi sebungkus maggi (mee segera) setiap kali mereka makan. Telur sebiji digoreng nipis, digulung dan dikerat 8. Kuah maggi itu dijadikan kuah ketika makan nasi. Masya-Allah. Tanpa kita sedar, betapa banyaknya nikmat Allah terlimpah-ruah dalam hidup kita hari ini.
Sebungkus mee segera dikongsi 8 orang. Pernahkah anda?? |
Sambil-sambil kita memandu kereta, banyak-banyaklah kita bertahmid kepada Allah SWT.
الحمد لله رب العالمين
Syukur ya Allah!!
2 Ulasan
tolong ulaskan tentang miko
BalasPadamkisah miko , yang mana satu ya?? Miko tu yang kucing CikMa dengan botol susu tu... :)
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)